Jumaat, 10 Oktober 2014

Hari 5 ~ Daging Salai Masak Cili Padi Homemade Resepi

Assalamualaikum..

Bab masak-memasak ni memang kesukaan saya walaupun rasanya tidaklah hebat mana. Jadi, saya sangat teruja bila salah satu tajuk tugasan 7 hari berblog ni adalah Homemade Resepi. Homemade resepi yang saya nak kongsikan harini ialah Daging Salai Masak Cili Padi bersama Belimbing (resepi sempena Aidil Adha).

Resepinya main agak-agak jer sebenarnya. Jom kita tengok bahan-bahannya:-



1 kg daging salai
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi 
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan pekat
2 keping asam keping @ gelugor


Cara Penyediaan:-

1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian salai @ panggang daging menggunakan pemanggang ajaib (kalau salai atas api lagi wangi & sedap)

2. Potong secara nipis daging tersebut.



3. Tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit hidup dan halia hingga lumat (saya blend kesemua bahan nie.. nak cepat....hihihi...)



4. Masukkan kesemua bahan yang di tumbuk @ kisar ke dalam periuk berserta daging salai dan digaul dengan sudip agar mesra.

5. Tuangkan santan ke dalam periuk.

6. Masukkan serai, garam dan asam keping. Kacau.

7. Setelah mendidih, masukkan belimbing dan kacau di atas api yang perlahan.



8. Apabila belimbing lembut. Tutup api dan sedia untuk dihidang.




Mudahkan? Sape yang banyak dapat daging korban tu boleh la cuba resepi nie...

Selamat Mencuba!


Dah makan banyak makanan berlemak tu jangan lupa amik alfalfa & lecithin. Lecithin membantu mengecilkan lemak terapung di dalam badan dan Alfalfa Complex bertindak sebagai detox dengan menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak keluar dari badan anda. Nak tahu lebih lanjut? baca di SINI atau hubungi saya terus.
Oh ya! Baca juga entry semalam ya! Hari 4 ~ Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan


 
D : 1083265
FB : Norhanani Arshad
FB page : Vitamin Cinta Mama Balqis
011-25512542

Khamis, 9 Oktober 2014

Hari 4 ~ Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan

Bila teringat balik pertemuan pertama dengan Shaklee ni pasti wajah Master Hadhatina terbayang-bayang. Dengan Master Hadha lah saya beli vitamin shaklee yang pertama saya makan. Masa tu saya hanya beli trial pack yang dalamnya ada VitaLea, B Complex, Vitamin C dan sebotol Ostematrix. Set untuk preggy mummy bagi trimester 1.

Masih tak tanggal sticker kat bekas pil ni. 


Alhamdulillah, saya rasa lebih bertenaga selepas konsisten pengambilan set ni. Paling saya suka pastikan ostematrix. Sebabnya semasa mengandung, saya sering mengalami kekejangan kaki atau dipanggil simpul mengkarung pada waktu malam. Sakitnya sampai nak menangis.

 


Simpul mengkarung atau kejang kaki ni selalu menjadi mimpi ngeri saya tiap kali tidur. Antara sebab keadaan ini terjadi :-




Akhirnya saya ketemu vitamin yang buat saya jatuh cinta antaranya Ostematrix. Selepas pengambilan 2-3 hari baru saya perasan, saya tidak lagi diserang simpul mengkarung pada waktu tidur. Syukur sangat-sangat. Sakit pinggang dan lenguh-lenguh juga hilang. Hingga sekarang saya masih mengamalkan pengambilan ostematrix sebelum tidur.


Saya turut mengamalkan petua-petua tradisional seperti menyapu minyak panas di kaki pada waktu malam dan juga memakai stokin. 



Itulah antara kisah saya dan vitamin shaklee yang pertama kali saya makan.
Jika anda juga mengalami masalah yang sama dengan saya, jangan berlengah lagi..

Hubungi saya untuk dapatkan tips istimewa khas untuk pelanggan saya.



ID : 1083265
FB : Norhanani Arshad
FB page : Vitamin Cinta Mama Balqis
011-25512542


Rabu, 8 Oktober 2014

Hari 3 ~ Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya? Owh! macam-macam ada. Kalau tiba-tiba kena terjah memang boleh terkejut kot. Sebenarnya saya ni jenis tak suka tukar-tukar handbag. Senang cerita pakai la selagi ada nyawa handbag tu. Melainkan terberkenan handbag lain :). Kalau keluar makan atau ke kedai memang tak bawak handbag. Henset masuk poket. Duit? tak bawak pun.. Bila time bayar kan ada alasan tak bawak handbag. Hahaha...

Jom saya share beberapa gambar ni.. (nasib baik dah kemas handbag minggu lepas, macam tau-tau je nak kena buat task ni)


jeng..jeng..jeng...

tu dia...Macam-macam ada kan? kalau tak kemas minggu lepas mau berterabur dengan resit-resit semua.


1. Handphone ~ dapat tunjuk casing je.. gara-gara malas bawak handbag pergi lunch, selit jer duit sekeping dua dengan kad pengenalan di situ.

2. Kunci ~ segala jenis kunci.. 

3. Earphone ~ standby nak dengar webinar


4. Mini pouch ~ pin & keronsang tudung dikala kecemasan. Mana tau pin kat tudung tercicir ka.. Kan naya


5. Bedak + Lip ice + perfumes = cukup lerrr..


6. Pill Box ~ dalam ni ada vit c, vit e, b comp, alfalfa, lecithin, omega


7. Buku nota & pen

8. Herbal bend ~ krim serbaguna ni memang bagus sapu kaki kaki yg sejuk dok dalam aircond je.


9. Wallet ~ wallet besar ni boleh muat 20 kad. Macam- macam kad keahlian ada.

Dah tengokkan harta karun dalam handbag saya. Lepas ni nak tengok khazanah handbag kawan-kawan pulak. Jom terjah!








Selasa, 7 Oktober 2014

Hari 2 : Percutian Idaman Saya

Entry ke 2 bagi cabaran menulis blog sangat-sangat menarik dengan tajuk Percutian Idaman Saya. Teruja sebab saya sangat mengidamkan untuk bercuti bersama keluarga kecil saya. Lokasi yang menjadi pilihan adalah ------------> Disneyland Hong Kong
                                 



Inilah salah satu percutian idaman saya (baru salah 1, banyak lg nie..). Tak dapat saya bayangkan keseronokan dan betapa terujanya anak-anak berjumpa dengan micky dan rakan-rakan.

Menurut laman web Discover Hong Kong terdapat lebih 100 patung yang bergerak dengan pelbagai kostum. Baru buat entry ni dah terbayang suasana kat sana. Terdapat 4 taman tema yang boleh diterokai iaitu Main Street USA, Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland. 

Tarikan yang mesti dilihat termasuklah Flights of Fantasy Parade dengan watak-watak Disney  yang menyanyi dan menari di sepanjang Main Street USA, Mickey's Philhar Magic di mana Donald Duck mengingati semula detik-detik paling seronok dalam filem-filem animasi Disney secara 3D, The Golden Mickeys pula adalah persembahan muzikal gaya Broadway yang memaparkan Mickey dan rakan-rakannya, dan juga Fantasy Gardens di mana Mickey, Minnie dan Goofy membuat penampilan kejutan untuk bertemu dan bermesra dengan tetamu.

Jom kita tengok gambar-gambar ehsan pakcik google nie..


Stars Fireworks





Flight Of Fantasy Hongkong Disneyland

Winnie The Pooh di Flights Of Fantasy

Pastinya mata tak mampu berkedip waktu nie... owh! termimpi-mimpi... harus masukkan dalam Vision Board.. target saya untuk percutian idaman nie.

Eh! nak tau jugak.. Ke manakah destinasi percutian idaman anda? Jom share!



Shaklee Independent Distributor
Kawasan Tg.Malim dan Seluruh Malaysia
ID : 1083265
FB : Norhanani Arshad
FB page : Vitamin Cinta Mama Balqis
011-25512542






Tips Merawat Penyakit GASTRIK



Tips Merawat Penyakit GASTRIK


Penyakit gastrik merupakan penyakit yang sering diperkatakan menjelang bulan ramadhan. Pelbagai amalan dan tips yang cuba dipraktikkan bagi merawat penyakit gastrik ini agar tidak mengganggu aktiviti harian.

  

Apa itu Penyakit Gastrik?

Penyakit Gastrik merupakan keadaan di mana berlaku keradangan pada lapisan dinding perut. Terdapat satu lapisan cecair semulajadi di dalam perut yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan. Keradangan yang berlaku di permukaan @ dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan cecair pelindung di permukaan perut.




Tanda-tanda Gastrik


~ Sakit perut pada bahagian atas abdomen

~ Rasa senak, berangin, pedih dan ketidakselesaan

~ Rasa mual & muntah

~ Hilang selera makan

~ Kehilangan berat badan secara mendadak

~ Muntah berwarna gelap & berdarah (peringkat yang teruk)


Tips Merawat Gastrik.

Sebagai seorang yang turut mengalami gastrik, saya sarankan beberapa perkara yang perlu diambilkira berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Tetapkan waktu pengambilan makanan. Pastikan tidak melewatkan waktu makan.

2. Makan dalam kuantiti yang sederhana (jangan makan terlalu banyak & kenyang)

3. Makan secara kerap (jangan biarkan perut kosong)

4. Elakkan makanan segera, asam kering dan jeruk

5. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, nescafe, minuman bergas dan air limau

6. Elakkan makanan pedas.

Selain itu, petua traditional juga boleh diamalkan dengan pengambilan kunyit yang diparut. campurkan sedikit air dan tapis. Tambahkan madu dan minum setiap pagi sehingga gastrik beransur hilang.

Nak mudah lagi? Ambil set bagi pesakit gastrik iaitu ESP, Ostematrix Dan B-complex. Sangat berkesan dalam membantu merawat penyakit gastrik.


Nak tau lebih lanjut? Hubungi saya until dapatkan tips pengambilan set gastrik yang berkesan. Istimewa untuk pelanggan saya sahaja.

Nanie |whatsapp | 011-25512542|
Pengedar Shaklee anda
Kawasan Tg.malim dan seluruh Malaysia.




Isnin, 6 Oktober 2014

Hari 1 ~ Fakta Menarik Tentang Saya

Harini bermula cabaran menulis blog selama 7 hari TANPA gagal!Topik untuk harini  3 Fakta menarik tentang saya.


Fakta 1: Saya seorang yang garang tetapi mudah tersentuh.

Percaya x? Ramai yang cakap muka saya lembut tapi sebenarnya saya garang lebih-lebih lagi dengan anak-anak. Sampai satu ketika, Ayong cakap 'mama ni macam singa je'.. Tapi ada perkara yang buat saya mudah tersentuh. Contohnya, hasil seni anak. sangat menyentuh hati & buat saya menangis!

Kad ucapan hari ibu dari Ayong
Hasil tangan adik Aqil Hafiy
Fakta 2: Saya suka berkebun.

Tak sabar tunggu pokok mulberi ni mengeluarkan hasil.
Bukan berkebun berladang tapi sekadar bercucuk tanam sayuran di halaman rumah dan di dalam rumah (taman kecil dalam rumah). 
Pokok bayam, kacang panjang, belalai gajah, daun bawang.
Pokok mulberi pun terselit di situ.
Capsicum @ cili benggala
Alhamdulillah, nak makan sayur, petik je...sampai tak larat makan bayam bermangkuk-mangkuk tiap hari. Sudahnya telan vitamin E je. Tak gamak nak makan bayam 8 kg sehari..

Fakta 3: Saya tak suka memulakan baca novel.

Kenapa? Sebab kalau dah mula saya tak dapat berhenti untuk baca. Keinginan yang kuat untuk menghabiskan bacaan dalam masa yang singkat. Kesannya 4 buah buku ni saya habiskan dalam masa seminggu cuti sakit (chicken pox).


Okey, done entry berkaitan fakta menarik tentang saya & gambar. Nantikan entry seterusnya yang pasti lebih menarik. 



Jumaat, 3 Oktober 2014

Aura Blogging


Salam

Alhamdulillah...

Harini hari jumaat yang indah..
Semangat dan keinginan untuk berblog kembali lagi.
Kalini hadir dengan semangat dan aura yang luarbiasa  dari suntikan Mama Dilla yang datang dari Ipoh semata-mata nak mengajar anak cucunya ilmu berblog. Bukan sekadar berblog kosong tetapi sarat dengan ilmu.

Untuk entry ringkas yang pertama nie.. saya belanja gambar pertemuan kami tadi.





~tq mama shikin  yang belanja nasi kerabu + sirap bandung..
~semangat nak sapu sawang dalam blog ni!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...