Memaparkan catatan dengan label Cabaran BLog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cabaran BLog. Papar semua catatan

Khamis, 23 Oktober 2014

7 Tips Pemakanan Pesakit Buah Pinggang


Pemakanan Pesakit Sakit Buah Pinggang amatlah penting diambil berat. Ini kerana buah pinggang merupakan antara organ terpenting dalam tubuh badan kerana ianya berfungsi menapis darah bagi membuang air dan garam yang berlebihan serta bahan kumuh atau bertoksin dari tubuh. Entry kali ini akan berkongsi 7 tips pemakanan pesakit buah pinggang.

Keratan Rentas Buah Pinggang



Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan). (Wikipwdia)


Perkara yang perlu diambil perhatian bagi pesakit buah pinggang adalah Garam, Protein, Kalium(Potassium) dan Fostat. 7 tips pemakanan pesakit buah pinggang adalah:-


1.                  Kawal Pengambilan Garam

Garam adalah pelengkap rasa bagi setiap makanan. Walaupun agak sukar untuk mengelakkan pengambilan garam, namun penggunaan garam harus dikawal bagi pesakit buah pinggang. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan yang mengandungi garam nyata seperti telur masin, ikan masin, ikan kering, ikan bilis perencah segera. Makanan yang mengandungi garam tidak disedari pula seperti keju, burger dan makanan yang diawet .

2.                  Kawal Pengambilan Air

Pesakit buah pinggang hendaklah menghadkan penagambilan cecair. Pembengkakan akan berlaku pada anggota badan sekiranya jumlah cecair yang diambil melebihi had. Kesannya pesakit kemungkinan mengalami kesukaran untuk bernafas, mempengaruhi tekanan manakala jantung pula terpaksa bekerja keras. 


3.                  Kawal Makanan Yang Yinggi Protein

Pesakit buah pinggang perlu mengawal pengambilan makanan yang tinggi protein seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam (daging putih). Kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang dan mengambilan pritein yang tinggi akan membebankan buah pinggang. 


4.                  Kawal Makanan Yang Tinggi Kalium (Potassium)

Sayur-Sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium adalah seperti kalian, brokoli, bayam, ubi keledek, anggur, pisang, durian dan kurma. Oleh itu, pesakit perlu mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebaliknya memilih sayuran dan buahan yang rendah kandungan kalium sperti taugeh, petola, kangkung, kobis, epal, nenas, dan jambu batu. Rujuk Jadual di bawah:-

Jadual 1: Pengkelasan sayur-sayuran

Jadual 2 : Pengkelasan buah-buahan


Jadula 3 : Pengkelasan minuman

5.              Kawal Kandungan Fosfat



Kandungan fostat yang tinggi akan menarik kalsium daripada badan dan menjadikan tubuh lemah, sakit sendi dan tulang rapuh. Contoh makanan dan minuman yang tinggi fosfat ialah:-
i.                     produk tenusu (keju, susu, yogurt, teh tarik dan kopi susu)
ii.                   produk makanan kering(ikan bilis, ikan kering, cendawan kering),
iii.                 produk bijirin (oat, roti bijirin penuh, beras perang)
iv.                 daging dan organ dalaman haiwan (hati, limpa).

Manakala makanan dan mimuman yang rendah fosfat ialah putih telur, bihun, kuew tiow, laksa, air tebu, sirap ros dan teh .




6.                  Mengurangkan Kerja-kerja Berat

Pesakit buah pinggang akan mudah mengalami kelesuan badan akibat proses dialysis. Pesakit disarankan mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan keperluan nutrian yang hilang semasa proses dialysis.


 

7.                  Makan pada waktu yang tetap.

Pesakit perlu mengamalkan jadual waktu makan bagi memastikan keperluan kalori setiap hari mencukupi. Makan pada waktu yang tetap penting supaya pesakit kekal bertenaga.


 







Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.
 


Rabu, 22 Oktober 2014

Sukan Tahunan Taska PERMATA UPSI

Pada hari Sabtu lepas 18 Oktober 2014, Taska PERMATA UPSI menganjurkan sukan tahunan untuk anak-anak taska, ibu bapa dan juga guru. Oleh kerana Ayong dan Aqil satu rumah iaitu rumah biru, agak mudah mama dan papa terutama soal pakaian. Satu family pakai baju biru.

Awal-awal pagi lagi anak-anak bangun. Semangat nak pergi sukan katanya. Acara pertama adalah perbarisan. Ayong behave je berbaris tapi adik Aqil Hafiy tak nak ikut pulak. Terpaksalah berbaris sambil pegang tangan mama.
Perbarisan Rumah Biru.



Perbarisan pegang tangan. Ada juga yang berdukung.  Macam-macam ragam anak-anak syurga ni.

Aqil Hafiy masam je.

Sementara menunggu giliran acara untuk tahun 3 dan 5, kita buat acara makan-makan dulu. Macam berkelah je kan?

Air Performance Drink mesti ada.

Aqil Hafiy muka bosan je.


Sedia untuk acara. Lari laju-laju ye Kak Yong.

Yey... acara pertama dapat no.1


Good Girl!

Acara kedua pula rezeki tak menyebelahi kumpulan biru. Dapat no.2 walaupun pada awalnya no.1. Tapi disebabkan sudu dan bola ping pong tertinggal di kon, terus kalah. Takpe, kalah menang adat bertanding kan? Yang penting semangat kesukanan.
 
Acara kedua. Kumpul blok untuk buat rumah.

Enjoy tengok video-video ni

Senamrobik sambil berdukung

mama yang over terjerit-jerit lepas rekod video ni.





Selasa, 21 Oktober 2014

Testimoni ESP ~ Bukan Sekadar Milk Booster


Assalamualaikum. Hari ni saya kongsikan testimoni produk Energizing Soy Protein yang sering dilabel sebagai milk booster di kalangan ibu menyusu. Kebanyakkan ibu-ibu mengambil ESP bersama Alfalfa sebagai set budget menyusu untuk meningkatkan pengeluaran susu. Tetapi pada hakikatnya, ESP bukan sekadar milk booster malahan membantu menjana kesihatan keseluruhannya.

Energizing Soy Protein mampu berinteraksi dengan pelbagai produk shaklee yang lain.


Testimoni Energizing Soy Protein & Alfalfa


Customer saya ni mempunyai masalah penyusuan sebelum ni. Alhamdulillah, selepas pengambilan Energizing Soy Protein bersama dengan Alfalfa secara konsisten, tiada lagi masalah penyusuan. Malahan susu lebih pekat.

Testimoni ESP + Alfalfa


Testimoni ESP + Zinc Complex & Ostematrix

Puan Effa mengambil ESP, Zinc Complex dan Ostematrix sewaktu dalam pantang. Kesannya dirasai apabila kulit lebih licin manakala luka bersalin cepat sembuh. Masalah sembelit juga dapat dielakkan dengan pengambilan ostematrix. Jelas kombinasi set ini membuahkan hasil yang positif.


Selain itu, pengambilan esp juga membantu masalah ruam lampin seperti yang dialami Puan Nina.




Apa tunggu lagi? Dapatkan ESP di 10 hari terakhir promosi beli 6 percuma 1. Percuma juga keahlian.

Nak beli 1 jer? Hubungi saya.


Sms/call/ whatsapp 011-25512542

Isnin, 20 Oktober 2014

Tips Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik





Setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik dan sihat. Kulit yang cantik dan sihat memberikan kesan yang positif dari dalam diri dan meningkatkan keyakinan terutamanya untuk berhadapan dengan orang ramai. Entry kali ini saya nak kongsikan beberapa Tips Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik agar boleh dipraktikkan bersama.



1. Perlindungan daripada sinaran matahari.

    ~  Memakai pelindung matahari adalah sangat penting untuk mengekalkan kadar kelembapan kulit. Kajian menunjukkan 90% kedutan adalah diakibat sinaran matahari ultraviolet (UV) tanpa perlindungan. Sinaran  ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Oleh yang demikian, sinar UV mampu menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit




2. Bersihkan berus solek anda

~ Kotoran dan bakteria yang terkumpul pada berus dan span boleh menyebabkan jerawat. Satu kajian British mendapati bahawa 72 % wanita tidak pernah mencuci berus atau span mereka mempunyai masalah kulit dan berjerawat. Berus solek boleh dibersihkan dengan menggunakan campuran beberapa titis pembersih wajah yang lembut atau syampu dan air suam dalam cawan. Bilas berus dan keringkan.


3. Tidur & Rehat yang berkualiti.

~ Masalah kekurangan tidur akan mengakibatkan wajah menjadi pucat dan mengurangkan keremajaan kulit. Ini kerana, pada waktu tidur, sel-sel tubuh bekerja untuk memulihkan tubuh badan.


4. Membersihkan sisa make up sebelum tidur.

~ Meninggalkan solekan dan kotoran pada kulit bukan sahaja menyumbat liang pori malahan boleh menyebabkan kekeringan yang berlebihan dan juga kelemumur pada kulit.


5. Minum air masak secukupnya

~ Air membantu membersihkan toksin yang menyebabkan keradangan. Ia juga membantu dalam mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel kulit bagi mencegah dehidrasi, yang boleh menyebabkan penuaan pra-matang. Dengan pengambilan air masak, kulit akan kelihatan lebih segar dan anjal. Jumlah pengambilan air yang disyorkan adalah 3-4 liter sehari atau sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Lihat jugaSINI

Minum air kosong 8 gelas sehari
6. Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri.


7. Mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan makanan yang berkhasiat

~ Diantara sayur yang mempunyai khasiat tinggi untuk kecantikan kulit adalah:-

   i. Bayam ~  mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV

   ii. Pecans atau kacang kemiri ~ kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit.

 iii. Beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia ~ mampu memelihara kulit daripada mengendur kerana ianya kaya dengan agen antioksidan.


 iv. Timun ~ Elok untuk menyegarkan kulit wajah. Jusnya mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam.

v. Ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya ~ Pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.


Selain daripada itu, pengambilan supplemen seperti Collagen Powder, Vivix, Energizing Soy Protein, B Compleks, Vit C atau Vit E juga boleh membantu mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

1. Collagen Powder mengandungi kolagen dari sisik ikan merah, ekstrak biji Camellia japonica, Ekstrak Pfaffia, Vitamin C & Vitamin B, Ekstrak Kekerang yang  membantu mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan memperlahankan kedutan.

2. Vivix melindungi dan membaiki DNA, menggalakkan pembentukan sel baru dan memelihara kesihatan jantung, otak, antioksidan dan peningkatan tenaga. 

3. Energizing Soy Protein meransang pembentukan semula kulit dan otot, agen penuaan dan menghilangkan kesan parut. >>>Manfaat ESP

4. Vitamin C membantu untuk kulit lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmen

Tidak tahu untuk memilih produk yang sesuai untuk kulit? Hubungi saya untuk konsultasi khas. Istimewa untuk pelanggan saya.

Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.







 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...