Pada 26 & 27 Oktober 2014 yang lepas, kami sekeluarga berkesempatan berehat-rehat di Marina Cove Resort, Lumut. Sebenarnya ini kali ke-5 kami menginap di Marina Cove bila bercuti ke Lumut. Anak-anak suka menginap kat hotel ni sebab ada water park bersebelahan hotel tersebut.
 |
Marina Water Park. |
 |
Water Park yang menarik |
Kami bertolak dari Besout (umah mak mertua) dalam pukul 12.30 tengahari dan check in dalam pukul 3 petang. Dapat Apartment tingkat 7. Tu pun dah gayat En. Suami. Nampak je kolam mandi, menjerit-jerit teruna dara tu. Ayong dan Aqil yang paling seronok sebab dalam mandi kolam dengan kakak-kakak dan abang sepupunya.
 |
Aktiviti kesukaan anak-anak ~ mandi kolam
|
Dah lama rasanya tak
posing berdua. Pengantin lama ginilah... Dah hilang baju sama
color macam dulu-dulu. Sekarang punya
style..color block....
mama biru, papa merah... Kalini memang tak banyak bergambar sebab waktu ni handphone problem. 3-4 hari jugak tak boleh online.
 |
Embah kata Kak Yong 'gedik' |
 |
Aksi bebas
Yang paling seronok masa balik singgah makan kat Restoran Silaturrahim. Sebelum ni ada baca entry rakan shaklee Melissa Jalil berkaitan Restoran Silaturrahim ni. Disebabkan saya penggemar ulam-ulaman, memang nekad harus singgah restauran ni.
|
 |
Model Restauran Silaturrahim |
 |
Aneka masakan lemak dan gulai. |
 |
Air dah siap sedia, tinggal letak ais je.
|
 |
Meriah sungguh. Sampai tak tahu nak pilih lauk apa.
|
 |
Aneka Ikan Bakar dan Air Asam |
 |
Lauk-pauk lagi. |
Serius memang meriah sangat lauk-pauk kat restoran ni. Sampai 3 hingga 4 kali saya pusing-pusing memikir nak ambil lauk apa? Harga pun sangat murah dan berbaloi. Hanya RM55 untuk 10 orang makan. Memang lepas ni jadi restoran wajib kalau saya ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan