Sabtu, 1 November 2014

6 Amalan Menjemput Rezeki


Amalan menjemput rezeki ini seharusnya dilakukan tanpa mengira waktu dan keadaan. Ini kerana rezeki itu datangnya dalam pelbagai bentuk. Adakalanya kita dalam keadaan tidak sedar untuk mengakui sesuatu itu sebenarnya adalah rezeki. Di dalam rezeki kita juga sebenarnya ada hak dan rezeki orang lain. Ada rezeki untuk keluarga, ibu bapa, anak-anak, adik beradik dan juga sahabat handai.




Di antara amalan-amalan yang menjemput rezeki ialah:-


Memelihara Solat 
   
~ 5 Kelebihan memelihara solat:-

   i. Diangkat kesempitan hidup dunia
  ii. Dihindarkan daripada azab kubur
 iii. Mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
 iv. Melintasi Titian Sirat sepantas kilat
  v. Memasuki syurga tanpa hisab


Mengamalkan Solat Tahajud

~ Bangun pada sepertiga malam untuk solat tahajud amatlah digalakkan.


Mengamalkan Solat Dhuha

~ Solat Dhuha ialah solat sekurang-kurangnya 2 rakaat pada waktu matahari naik. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki. Solat Dhuha merupakan magnet kepada rezeki. 

Solat Dhuha


Berzikir & beristighfar

~ Meminta diampunkan dosa sendiri. Perkara yang paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim, dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.

Selawat dan beristighfar mohon keampunan.

Memohon Doa

~ Doa merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.

Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.


Membanyakkan Amalan Bersedekah

Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.


Doa Murah Rezeki



Semoga dengan amalan-amalan yang dikongsikan dapat membersihkan jiwa kita sekaligus menjemput rezeki yang melimpah-ruah agar menjadi pendorong kepada amalan yang lain.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...