Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Oktober 2014

Daftar Ahli Shaklee

Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee?

Kini, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan mudah tanpa perlu mengisi borang untuk dihantar ke HQ Shaklee. Saya akan membantu anda melakukan pendaftaran online dengan memberi pilihan kepada anda samada ingin mendapatkan keahlian melalui :-

1. Keahlian Percuma 
~ Membuat pembelian melebihi 200uv atau jumlah produk terkumpul bernilai RM680

ATAU 


2. Keahlian Berbayar

 ~ Yuran keahlian sebanyak RM65 + RM10 (Postage) 


Rujuk carta di bawah:-

Bagaimana Daftar Ahli?

Untuk Proses pendaftaran, sertakan maklumat seperti berikut:-

1. Nama
2. Alamat
3. No. Kad Pengenalan
4. Email
5. No. H/P
6. No. Akaun Bank
7. Nama Pasangan
8. No. Kad Pengenalan Pasangan.
9. Pembayaran sebanyak RM65 + RM10(Postage)

Kelebihan sebagai ahli.

    ~ Layak mendapatkan produk shaklee dengan HARGA AHLI
    ~ JIMAT hingga 20% dari harga runcit
    ~ Layak untuk mendapat pulangan dalam bentuk tunai sekiranya melebihi 150uv
    ~ Layak menikmati ganjaran CASH persendirian + kumpulan

dan beberapa ganjaran lagi...hubungi saya segera dan daftar ahli sekarang!

Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.


Isnin, 20 Oktober 2014

Tips Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik





Setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik dan sihat. Kulit yang cantik dan sihat memberikan kesan yang positif dari dalam diri dan meningkatkan keyakinan terutamanya untuk berhadapan dengan orang ramai. Entry kali ini saya nak kongsikan beberapa Tips Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik agar boleh dipraktikkan bersama.



1. Perlindungan daripada sinaran matahari.

    ~  Memakai pelindung matahari adalah sangat penting untuk mengekalkan kadar kelembapan kulit. Kajian menunjukkan 90% kedutan adalah diakibat sinaran matahari ultraviolet (UV) tanpa perlindungan. Sinaran  ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Oleh yang demikian, sinar UV mampu menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit




2. Bersihkan berus solek anda

~ Kotoran dan bakteria yang terkumpul pada berus dan span boleh menyebabkan jerawat. Satu kajian British mendapati bahawa 72 % wanita tidak pernah mencuci berus atau span mereka mempunyai masalah kulit dan berjerawat. Berus solek boleh dibersihkan dengan menggunakan campuran beberapa titis pembersih wajah yang lembut atau syampu dan air suam dalam cawan. Bilas berus dan keringkan.


3. Tidur & Rehat yang berkualiti.

~ Masalah kekurangan tidur akan mengakibatkan wajah menjadi pucat dan mengurangkan keremajaan kulit. Ini kerana, pada waktu tidur, sel-sel tubuh bekerja untuk memulihkan tubuh badan.


4. Membersihkan sisa make up sebelum tidur.

~ Meninggalkan solekan dan kotoran pada kulit bukan sahaja menyumbat liang pori malahan boleh menyebabkan kekeringan yang berlebihan dan juga kelemumur pada kulit.


5. Minum air masak secukupnya

~ Air membantu membersihkan toksin yang menyebabkan keradangan. Ia juga membantu dalam mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel kulit bagi mencegah dehidrasi, yang boleh menyebabkan penuaan pra-matang. Dengan pengambilan air masak, kulit akan kelihatan lebih segar dan anjal. Jumlah pengambilan air yang disyorkan adalah 3-4 liter sehari atau sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Lihat jugaSINI

Minum air kosong 8 gelas sehari
6. Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri.


7. Mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan makanan yang berkhasiat

~ Diantara sayur yang mempunyai khasiat tinggi untuk kecantikan kulit adalah:-

   i. Bayam ~  mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV

   ii. Pecans atau kacang kemiri ~ kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit.

 iii. Beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia ~ mampu memelihara kulit daripada mengendur kerana ianya kaya dengan agen antioksidan.


 iv. Timun ~ Elok untuk menyegarkan kulit wajah. Jusnya mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam.

v. Ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya ~ Pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.


Selain daripada itu, pengambilan supplemen seperti Collagen Powder, Vivix, Energizing Soy Protein, B Compleks, Vit C atau Vit E juga boleh membantu mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

1. Collagen Powder mengandungi kolagen dari sisik ikan merah, ekstrak biji Camellia japonica, Ekstrak Pfaffia, Vitamin C & Vitamin B, Ekstrak Kekerang yang  membantu mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan memperlahankan kedutan.

2. Vivix melindungi dan membaiki DNA, menggalakkan pembentukan sel baru dan memelihara kesihatan jantung, otak, antioksidan dan peningkatan tenaga. 

3. Energizing Soy Protein meransang pembentukan semula kulit dan otot, agen penuaan dan menghilangkan kesan parut. >>>Manfaat ESP

4. Vitamin C membantu untuk kulit lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmen

Tidak tahu untuk memilih produk yang sesuai untuk kulit? Hubungi saya untuk konsultasi khas. Istimewa untuk pelanggan saya.

Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.







 

Ahad, 19 Oktober 2014

Sijil Halal Shaklee

Status halal Shaklee kerap diajukan sewaktu sesi konsultasi dengan pelanggan saya. Bagi pengguna yang baru, pastinya status halal shaklee sangat penting sebelum memulakan pengambilan vitamin ini.


Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk pensijilan halal. Tanggungjawab dalam menentukan status halal produk yang terlibat tidak hanya pada pemeriksaan dijalankan tetapi juga pemeriksaan ke atas bagaimana status Halal bahan mentah dikekalkan dan dipantau pada setiap masa. Memandangkan banyak bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran makanan tempatan kebanyakannya produk import yang memerlukan pelantikan badan-badan pensijilan halal luar negara yang terkemuka dan boleh dipercayai untuk memantau status Halal bahan-bahan mentah. Pengiktirafan ini juga diperluaskan kepada status halal produk. Begitu juga dengan produk keluaran Shaklee, badan antarabangsa iaitu Islamic Service of America (ISA) telah dilantik oleh JAKIM bagi mengesahkan status halal produk.

ISA Badan yang diiktiraf JAKIM

Bagi sijil halal tahun 2013, terdapat 26 produk yang mendapat pengiktirafan halal dan boleh diambil tanpa was-was.


Sijil Halal Shaklee 2013

Untuk tahun 2014 pula, 2 lagi produk shaklee mendapat kelulusan sijil halal menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28 produk.


Sijil Halal Shaklee 2014.

Pemeriksaan status halal ini dilakukan setiap tahun bagi memastikan produk sentiasa terpelihara dan selamat terutamanya bagi pengguna islam.

Tidak ragu lagi? Anda boleh mendapatkan produk Shaklee sekarang. Hubungi saya:-

Norhanani Arshad
011-25512542
Aplikasi whatsapp/sms
Atau pembelian terus di cawangan Shaklee menggunakan ID 1083265.


Ahad, 12 Oktober 2014

Hari 7 ~ Pengedar Shaklee & COD Tg. Malim

Assalamualaikum

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk Shaklee berserta khidmat nasihat secara percuma, boleh hubungi saya selaku pengedar Shaklee yang sah.

Saya pengedar sah Shaklee anda area Tg.malim dan sekitar.

Bagi anda yang berada di sekitar Tg. Malim, proton city, Slim River boleh mendapatkan produk Shaklee melalui kaedah Cash On Delivery (COD) tanpa sebarang caj perkhidmatan.

Perkhidmatan penghantaran turut dilakukan setiap hari ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi istimewa khas untuk pelanggan Vitamin Cinta Mama Balqis.

Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

 Oh ya! Promosi Energizing Soy protein (ESP) beli 6 percuma 1 dan Meal Shakes beli 3 percuma 1 masih berlangsung. Jangan ketinggalan!

Selamat berhujung minggu!

 

Jumaat, 10 Oktober 2014

Hari 5 ~ Daging Salai Masak Cili Padi Homemade Resepi

Assalamualaikum..

Bab masak-memasak ni memang kesukaan saya walaupun rasanya tidaklah hebat mana. Jadi, saya sangat teruja bila salah satu tajuk tugasan 7 hari berblog ni adalah Homemade Resepi. Homemade resepi yang saya nak kongsikan harini ialah Daging Salai Masak Cili Padi bersama Belimbing (resepi sempena Aidil Adha).

Resepinya main agak-agak jer sebenarnya. Jom kita tengok bahan-bahannya:-



1 kg daging salai
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi 
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan pekat
2 keping asam keping @ gelugor


Cara Penyediaan:-

1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian salai @ panggang daging menggunakan pemanggang ajaib (kalau salai atas api lagi wangi & sedap)

2. Potong secara nipis daging tersebut.



3. Tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit hidup dan halia hingga lumat (saya blend kesemua bahan nie.. nak cepat....hihihi...)



4. Masukkan kesemua bahan yang di tumbuk @ kisar ke dalam periuk berserta daging salai dan digaul dengan sudip agar mesra.

5. Tuangkan santan ke dalam periuk.

6. Masukkan serai, garam dan asam keping. Kacau.

7. Setelah mendidih, masukkan belimbing dan kacau di atas api yang perlahan.



8. Apabila belimbing lembut. Tutup api dan sedia untuk dihidang.




Mudahkan? Sape yang banyak dapat daging korban tu boleh la cuba resepi nie...

Selamat Mencuba!


Dah makan banyak makanan berlemak tu jangan lupa amik alfalfa & lecithin. Lecithin membantu mengecilkan lemak terapung di dalam badan dan Alfalfa Complex bertindak sebagai detox dengan menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak keluar dari badan anda. Nak tahu lebih lanjut? baca di SINI atau hubungi saya terus.
Oh ya! Baca juga entry semalam ya! Hari 4 ~ Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan


 
D : 1083265
FB : Norhanani Arshad
FB page : Vitamin Cinta Mama Balqis
011-25512542

Khamis, 26 Disember 2013

Mengapa perlu ambil supplemen?


7 sebab 
Kenapa Anda Perlu Mengambil Supplemen?

1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
2. Badan kita memerlukan dos yang tinggi bagi keperluan sesetengah nutrien
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran kemungkinan besar terjejas atau tercemar
4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5. Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
7. Kehilangan nutrien dalam makanan.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...