Sabtu, 18 Oktober 2014

Hobi bercucuk tanam membuahkan hasil



Assalamualaikum..

Bersiaran di hujung minggu ditemani jeritan anak-anak sangat mengujakan. Oleh kerana harini ada sukan tahunan Taska, jadi kami berpeluang berhujung minggu dirumah dan memenuhi hobi bercucuk tanam.
Sedia untuk berkebun

Hobi bercucuk tanam ni bermula apabila saya terjupa satu group Salam Facebook iaitu Kebun Bandar :Jom tanam sendiri. Melihatkan kegigihan mereka berkebun timbul minat dan teruja sangat melihat hasil tanaman. Disamping memenuhi masa lapang, aktiviti ni juga dapat memberi ruang aktiviti bersama keluarga.

Antara tanaman yang saya tanam seperti cili benggala @ capsicum, pokok buah mulberi, pokok mangga, serai, pegaga, kunyit, halia, bayam, daun kucai, daun bawang, pokok sambung nyawa, pokok belalai gajah bendi, pokok pandan, pokok daun Kari dan lidah buaya.

Pokok Mulberi berbuah sulung
Capsicum Bulat
Kacang Panjang yang tengah galak mengeluarkan hasil
Pegaga tumbuh melata
Deretan capsicum









Capsicum Lonjong



Amoi petik sayur




Pokok bayam & benih. Yang berminat boleh hubungi saya.

Pokok halia, tomato, daun kucai & kacang ppanjang


Pokok sambung nyawa



Pokok mangga epal tengah berbuah (berbunga lebat tapi yang jadi 3-4 biji je)


Melihat pokok-pokok ni mengeluarkan hasil memang rasa sangat berbaloi dan yang penting bebas bahan kimia.

Malam ni sebelum tidur wajib ambil 4 biji Ostematrix untuk melegakan otot-otot setelah penat bersukan dan mengemas laman sayuran.

Oh ya! Benih bayam masih berbaki. Hubungi saya kiranya berminat untuk mendapatkan benih atau berkongsi hobi.


Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...