Isnin, 20 Oktober 2014

Tips Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik





Setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik dan sihat. Kulit yang cantik dan sihat memberikan kesan yang positif dari dalam diri dan meningkatkan keyakinan terutamanya untuk berhadapan dengan orang ramai. Entry kali ini saya nak kongsikan beberapa Tips Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik agar boleh dipraktikkan bersama.



1. Perlindungan daripada sinaran matahari.

    ~  Memakai pelindung matahari adalah sangat penting untuk mengekalkan kadar kelembapan kulit. Kajian menunjukkan 90% kedutan adalah diakibat sinaran matahari ultraviolet (UV) tanpa perlindungan. Sinaran  ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Oleh yang demikian, sinar UV mampu menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit




2. Bersihkan berus solek anda

~ Kotoran dan bakteria yang terkumpul pada berus dan span boleh menyebabkan jerawat. Satu kajian British mendapati bahawa 72 % wanita tidak pernah mencuci berus atau span mereka mempunyai masalah kulit dan berjerawat. Berus solek boleh dibersihkan dengan menggunakan campuran beberapa titis pembersih wajah yang lembut atau syampu dan air suam dalam cawan. Bilas berus dan keringkan.


3. Tidur & Rehat yang berkualiti.

~ Masalah kekurangan tidur akan mengakibatkan wajah menjadi pucat dan mengurangkan keremajaan kulit. Ini kerana, pada waktu tidur, sel-sel tubuh bekerja untuk memulihkan tubuh badan.


4. Membersihkan sisa make up sebelum tidur.

~ Meninggalkan solekan dan kotoran pada kulit bukan sahaja menyumbat liang pori malahan boleh menyebabkan kekeringan yang berlebihan dan juga kelemumur pada kulit.


5. Minum air masak secukupnya

~ Air membantu membersihkan toksin yang menyebabkan keradangan. Ia juga membantu dalam mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel kulit bagi mencegah dehidrasi, yang boleh menyebabkan penuaan pra-matang. Dengan pengambilan air masak, kulit akan kelihatan lebih segar dan anjal. Jumlah pengambilan air yang disyorkan adalah 3-4 liter sehari atau sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Lihat jugaSINI

Minum air kosong 8 gelas sehari
6. Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri.


7. Mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan makanan yang berkhasiat

~ Diantara sayur yang mempunyai khasiat tinggi untuk kecantikan kulit adalah:-

   i. Bayam ~  mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV

   ii. Pecans atau kacang kemiri ~ kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit.

 iii. Beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia ~ mampu memelihara kulit daripada mengendur kerana ianya kaya dengan agen antioksidan.


 iv. Timun ~ Elok untuk menyegarkan kulit wajah. Jusnya mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam.

v. Ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya ~ Pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.


Selain daripada itu, pengambilan supplemen seperti Collagen Powder, Vivix, Energizing Soy Protein, B Compleks, Vit C atau Vit E juga boleh membantu mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

1. Collagen Powder mengandungi kolagen dari sisik ikan merah, ekstrak biji Camellia japonica, Ekstrak Pfaffia, Vitamin C & Vitamin B, Ekstrak Kekerang yang  membantu mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan memperlahankan kedutan.

2. Vivix melindungi dan membaiki DNA, menggalakkan pembentukan sel baru dan memelihara kesihatan jantung, otak, antioksidan dan peningkatan tenaga. 

3. Energizing Soy Protein meransang pembentukan semula kulit dan otot, agen penuaan dan menghilangkan kesan parut. >>>Manfaat ESP

4. Vitamin C membantu untuk kulit lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmen

Tidak tahu untuk memilih produk yang sesuai untuk kulit? Hubungi saya untuk konsultasi khas. Istimewa untuk pelanggan saya.

Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.







 

3 ulasan:

Dilla Jalil berkata...

alamakkk tiap2 hari tidur tak cukup..camno??

mama balqis berkata...

tidur sekejap takpe, janji berkualiti. minum cinch tea bagi segar bugar...hehehe..

Vitamin Terbaik berkata...

banyak petua tu tp mcm xleh nk buat jer. Sbb tu sy pilih amik vitamij shaklee. Alhamdulillah sejak amik.vit c dan esp dah rs lain dah.hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...