Ahad, 9 November 2014

7 Tips Merawat Tumit Kaki Pecah

Tumit kaki pecah?


Masalah tumit kaki pecah sering dialami kebanyakkan daripada kita. Masalah ini amat merunsingkan kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, rekahan akan menjadi semakin besar dan menjejaskan kesihatan tumit kaki malahan akan menyebabkan kesakitan. Hari ini saya kongsikan 7 Tips Merawat Tumit Kaki Pecah ni. 

Tumit kaki merekah menjejaskan kesihatan dan kecantikan kaki


Sebelum merawat tumit kaki pecah, punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu diambil kira agar kesihatan di bahagian ini dapat dipelihara. Antara punca ia berlaku kerana:

· Kulit kering

· Berat badan berlebihan

· Pemakaian kasut yang tidak sesuai

· Alah kepada jenis sabun

· Alah kepada simen lantai

· Mengabaikan penjagaan kesihatan kaki



7 Tips Merawat Tumit Kaki Pecah

Tips 1 ~ Rawatan Getah Betik Muda 

- Ambil sebiji betik muda, potong di bahagian kepalanya untuk mendapatkan getah betik. Kemudian sapukan getah betik pada tumit kaki yang pecah dan biarkan kering. Rawatan ni boleh kita buat setiap hari di rumah.

Betik Muda


Tips 2 ~ Rawatan Belimbing Buluh

- Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Selain melembutkan kulit kaki, ia juga membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.



Belimbing Buluh


Tips 3 ~ Rawatan Asam Keping dan limau nipis

- Campurkan beberapa keping asam keping dan perahan limau nipis ke dalam baldi berisi air suam. Rendamkan kaki selama 30 minit. Keringkan kaki dan sapu lotion untuk melembutkan tumit kaki.





Tips 4 ~ Rawatan Limau Nipis dan Bawang Putih



- Sapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran air limau nipis dan bawang putih yang telah ditumbuk setiap hari sehingga menampakkan hasil.



Bawang Putih ditumbuk halus


Tips 5 ~ Rawatan Embun Pagi

- Geselkan kaki di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga merasakan perubahannya.

Embun pagi baik untuk kesihatan tumit kaki

Tips 6 ~ Rawatan Bawang Merah

- Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.

Bawang Merah


Tips 7 ~ Rawatan Gambir

- Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

Gambir


Kalau tak ada masa untuk buat segala macam rawatan kat atas tu, saya cadangkan guna Herbal Blend Shaklee untuk merawat kaki. Sangat mudah sebab Herbal Blend ni didatangkan dalam bentuk tiub yang mudah di bawa ke mana saja dan boleh digunakan bila-bila masa.

Perbezaan sebelum dan selepas penggunaan Herbal Blend








Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Herbal Blend dan produk lain. Banyak lagi tips untuk saya kongsikan khas untuk pelanggan saya. 

Jumpa lagi!


Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.



Isnin, 3 November 2014

Cuti katanya ~ Marina Cove Resort, Lumut

Pada 26 & 27 Oktober 2014 yang lepas, kami sekeluarga berkesempatan berehat-rehat di Marina Cove Resort, Lumut. Sebenarnya ini kali ke-5 kami menginap di Marina Cove bila bercuti ke Lumut. Anak-anak suka menginap kat hotel ni sebab ada water park bersebelahan hotel tersebut.



Marina Water Park.


Water Park yang menarik

Kami bertolak dari Besout (umah mak mertua) dalam pukul 12.30 tengahari dan check in dalam pukul 3 petang. Dapat Apartment tingkat 7. Tu pun dah gayat En. Suami. Nampak je kolam mandi, menjerit-jerit teruna dara tu. Ayong dan Aqil yang paling seronok sebab dalam mandi kolam dengan kakak-kakak dan abang sepupunya.  

Aktiviti kesukaan anak-anak ~ mandi kolam

Dah lama rasanya tak posing berdua. Pengantin lama ginilah... Dah hilang baju sama color macam dulu-dulu. Sekarang punya style..color block.... 
mama biru, papa merah... Kalini memang tak banyak bergambar sebab waktu ni handphone problem. 3-4 hari jugak tak boleh online. 


Embah kata Kak Yong 'gedik'


Aksi bebas




Yang paling seronok masa balik singgah makan kat Restoran Silaturrahim. Sebelum ni ada baca entry rakan shaklee Melissa Jalil berkaitan Restoran Silaturrahim ni. Disebabkan saya penggemar ulam-ulaman, memang nekad harus singgah restauran ni.
Model Restauran Silaturrahim



Aneka masakan lemak dan gulai.





Air dah siap sedia, tinggal letak ais je.

Meriah sungguh. Sampai tak tahu nak pilih lauk apa.

Aneka Ikan Bakar dan Air Asam


Lauk-pauk lagi.



Serius memang meriah sangat lauk-pauk kat restoran ni. Sampai 3 hingga 4 kali saya pusing-pusing memikir nak ambil lauk apa? Harga pun sangat murah dan berbaloi. Hanya RM55 untuk 10 orang makan. Memang lepas ni jadi restoran wajib kalau saya ke sini.












Ahad, 2 November 2014

Testimoni B Complex ~ Hebat Sangat!


Untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan B Complex Shaklee, harini saya kongsikan testimoni pengguna yang telah mengamalkan B Complex Shaklee. Pastinya Hebat Sangat!.




Vitamin B-Complex Shaklee


1. B Complex mengatasi masalah bibir kering.

Masalah Bibir kering 
Ibu Pn. Nor mengalami masalah bibir kering dan menggelupas. Setelah pengambilan selama 2 hari, bibir kembali pulih.



2. B Complex membantu menghilangkan sakit belakang badan dan saraf. 

Menghilangkan Sakit Belakang
B complex membantu mengatasi masalah saraf dan sakit belakang kerana  kandungan Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah. Kandungan Vitamin B-12 (mecobalamin) pula bantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak.



3. B Complex atasi masalah kesuburan dan stress.

Masalah kesuburan dan stress.

Masalah kesuburan kebiasaannya akan menyumbang kepada stress. Stress boleh diatasi dengan pengambilan B Complex secara konsisten dan emosi yang sihat sangat penting untuk kesuburan dan kecantikan kulit.



4. B Complex mengurangkan sakit kepala

Menghilangkan Sakit Kepala dan Stress
Kandungan vitamin B2, B6, B12 dalam B Complex bukan sahaja mampu mengurangkan sakit kepala atau migrain malahan mampu menghindari penyakit-penyakit depresi dan strok. Vitamin B12 juga turut dikenali sebagai vitamin tahan sakit (painkiller). 





Banyak lagi rasanya testimoni pengguna B Complex yang berpuas hati dan berjaya memulihkan kesihatan pada tahap yang lebih baik.

Berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi.


Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.


Sabtu, 1 November 2014

6 Amalan Menjemput Rezeki


Amalan menjemput rezeki ini seharusnya dilakukan tanpa mengira waktu dan keadaan. Ini kerana rezeki itu datangnya dalam pelbagai bentuk. Adakalanya kita dalam keadaan tidak sedar untuk mengakui sesuatu itu sebenarnya adalah rezeki. Di dalam rezeki kita juga sebenarnya ada hak dan rezeki orang lain. Ada rezeki untuk keluarga, ibu bapa, anak-anak, adik beradik dan juga sahabat handai.




Di antara amalan-amalan yang menjemput rezeki ialah:-


Memelihara Solat 
   
~ 5 Kelebihan memelihara solat:-

   i. Diangkat kesempitan hidup dunia
  ii. Dihindarkan daripada azab kubur
 iii. Mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
 iv. Melintasi Titian Sirat sepantas kilat
  v. Memasuki syurga tanpa hisab


Mengamalkan Solat Tahajud

~ Bangun pada sepertiga malam untuk solat tahajud amatlah digalakkan.


Mengamalkan Solat Dhuha

~ Solat Dhuha ialah solat sekurang-kurangnya 2 rakaat pada waktu matahari naik. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki. Solat Dhuha merupakan magnet kepada rezeki. 

Solat Dhuha


Berzikir & beristighfar

~ Meminta diampunkan dosa sendiri. Perkara yang paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim, dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.

Selawat dan beristighfar mohon keampunan.

Memohon Doa

~ Doa merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.

Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.


Membanyakkan Amalan Bersedekah

Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.


Doa Murah Rezeki



Semoga dengan amalan-amalan yang dikongsikan dapat membersihkan jiwa kita sekaligus menjemput rezeki yang melimpah-ruah agar menjadi pendorong kepada amalan yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...