Isnin, 6 Oktober 2014

Hari 1 ~ Fakta Menarik Tentang Saya

Harini bermula cabaran menulis blog selama 7 hari TANPA gagal!Topik untuk harini  3 Fakta menarik tentang saya.


Fakta 1: Saya seorang yang garang tetapi mudah tersentuh.

Percaya x? Ramai yang cakap muka saya lembut tapi sebenarnya saya garang lebih-lebih lagi dengan anak-anak. Sampai satu ketika, Ayong cakap 'mama ni macam singa je'.. Tapi ada perkara yang buat saya mudah tersentuh. Contohnya, hasil seni anak. sangat menyentuh hati & buat saya menangis!

Kad ucapan hari ibu dari Ayong
Hasil tangan adik Aqil Hafiy
Fakta 2: Saya suka berkebun.

Tak sabar tunggu pokok mulberi ni mengeluarkan hasil.
Bukan berkebun berladang tapi sekadar bercucuk tanam sayuran di halaman rumah dan di dalam rumah (taman kecil dalam rumah). 
Pokok bayam, kacang panjang, belalai gajah, daun bawang.
Pokok mulberi pun terselit di situ.
Capsicum @ cili benggala
Alhamdulillah, nak makan sayur, petik je...sampai tak larat makan bayam bermangkuk-mangkuk tiap hari. Sudahnya telan vitamin E je. Tak gamak nak makan bayam 8 kg sehari..

Fakta 3: Saya tak suka memulakan baca novel.

Kenapa? Sebab kalau dah mula saya tak dapat berhenti untuk baca. Keinginan yang kuat untuk menghabiskan bacaan dalam masa yang singkat. Kesannya 4 buah buku ni saya habiskan dalam masa seminggu cuti sakit (chicken pox).


Okey, done entry berkaitan fakta menarik tentang saya & gambar. Nantikan entry seterusnya yang pasti lebih menarik. 



1 ulasan:

Unknown berkata...

ia pun suka berkebun sebenarnye tau!tapi entah bila nk berkebut tak tahu lah..harapkan air hujan je tolong siram pokok..muahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...