Ahad, 9 November 2014

7 Tips Merawat Tumit Kaki Pecah

Tumit kaki pecah?


Masalah tumit kaki pecah sering dialami kebanyakkan daripada kita. Masalah ini amat merunsingkan kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, rekahan akan menjadi semakin besar dan menjejaskan kesihatan tumit kaki malahan akan menyebabkan kesakitan. Hari ini saya kongsikan 7 Tips Merawat Tumit Kaki Pecah ni. 

Tumit kaki merekah menjejaskan kesihatan dan kecantikan kaki


Sebelum merawat tumit kaki pecah, punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu diambil kira agar kesihatan di bahagian ini dapat dipelihara. Antara punca ia berlaku kerana:

· Kulit kering

· Berat badan berlebihan

· Pemakaian kasut yang tidak sesuai

· Alah kepada jenis sabun

· Alah kepada simen lantai

· Mengabaikan penjagaan kesihatan kaki



7 Tips Merawat Tumit Kaki Pecah

Tips 1 ~ Rawatan Getah Betik Muda 

- Ambil sebiji betik muda, potong di bahagian kepalanya untuk mendapatkan getah betik. Kemudian sapukan getah betik pada tumit kaki yang pecah dan biarkan kering. Rawatan ni boleh kita buat setiap hari di rumah.

Betik Muda


Tips 2 ~ Rawatan Belimbing Buluh

- Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Selain melembutkan kulit kaki, ia juga membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.



Belimbing Buluh


Tips 3 ~ Rawatan Asam Keping dan limau nipis

- Campurkan beberapa keping asam keping dan perahan limau nipis ke dalam baldi berisi air suam. Rendamkan kaki selama 30 minit. Keringkan kaki dan sapu lotion untuk melembutkan tumit kaki.





Tips 4 ~ Rawatan Limau Nipis dan Bawang Putih



- Sapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran air limau nipis dan bawang putih yang telah ditumbuk setiap hari sehingga menampakkan hasil.



Bawang Putih ditumbuk halus


Tips 5 ~ Rawatan Embun Pagi

- Geselkan kaki di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga merasakan perubahannya.

Embun pagi baik untuk kesihatan tumit kaki

Tips 6 ~ Rawatan Bawang Merah

- Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.

Bawang Merah


Tips 7 ~ Rawatan Gambir

- Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

Gambir


Kalau tak ada masa untuk buat segala macam rawatan kat atas tu, saya cadangkan guna Herbal Blend Shaklee untuk merawat kaki. Sangat mudah sebab Herbal Blend ni didatangkan dalam bentuk tiub yang mudah di bawa ke mana saja dan boleh digunakan bila-bila masa.

Perbezaan sebelum dan selepas penggunaan Herbal Blend








Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Herbal Blend dan produk lain. Banyak lagi tips untuk saya kongsikan khas untuk pelanggan saya. 

Jumpa lagi!


Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.



1 ulasan:

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...