Rabu, 22 Oktober 2014

Sukan Tahunan Taska PERMATA UPSI

Pada hari Sabtu lepas 18 Oktober 2014, Taska PERMATA UPSI menganjurkan sukan tahunan untuk anak-anak taska, ibu bapa dan juga guru. Oleh kerana Ayong dan Aqil satu rumah iaitu rumah biru, agak mudah mama dan papa terutama soal pakaian. Satu family pakai baju biru.

Awal-awal pagi lagi anak-anak bangun. Semangat nak pergi sukan katanya. Acara pertama adalah perbarisan. Ayong behave je berbaris tapi adik Aqil Hafiy tak nak ikut pulak. Terpaksalah berbaris sambil pegang tangan mama.
Perbarisan Rumah Biru.



Perbarisan pegang tangan. Ada juga yang berdukung.  Macam-macam ragam anak-anak syurga ni.

Aqil Hafiy masam je.

Sementara menunggu giliran acara untuk tahun 3 dan 5, kita buat acara makan-makan dulu. Macam berkelah je kan?

Air Performance Drink mesti ada.

Aqil Hafiy muka bosan je.


Sedia untuk acara. Lari laju-laju ye Kak Yong.

Yey... acara pertama dapat no.1


Good Girl!

Acara kedua pula rezeki tak menyebelahi kumpulan biru. Dapat no.2 walaupun pada awalnya no.1. Tapi disebabkan sudu dan bola ping pong tertinggal di kon, terus kalah. Takpe, kalah menang adat bertanding kan? Yang penting semangat kesukanan.
 
Acara kedua. Kumpul blok untuk buat rumah.

Enjoy tengok video-video ni

Senamrobik sambil berdukung

mama yang over terjerit-jerit lepas rekod video ni.





5 ulasan:

Vitamin Terbaik berkata...

Bestnye.dah lama tak ada family day mcm nie.dulu selalu ikut family day tempat kerja abah.

mama balqis berkata...

seronok tengok budak-budak ni bersukan. tak pandai nak main tipu2.. yang mak-mak bersukan excited sangat..baru kira 1..2...dah berlari semua... 3 ntah ke mana... hahhahaha

Suhailah Agen Shaklee berkata...

seronok tengok anak-anak bersukan.. saya belum ada pengalaman ni lagi.. inshaAllah lagi 1 ke 2 tahun lagi merasa la kot.. hehehe

Surya Baizura Mustafa berkata...

Saya kalau tengok anak bersukan ibu yang macam nk berlari sekali. Ibu lah jugak jd cheer leader yg paling kuat suaranya.. mmg malu tolak tepi demi anak2 kan...

mama balqis berkata...

betul tu..mamanya yang terjerit-jerit. semangat! tengok video malu pulak rasanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...