Selasa, 7 Oktober 2014

Hari 2 : Percutian Idaman Saya

Entry ke 2 bagi cabaran menulis blog sangat-sangat menarik dengan tajuk Percutian Idaman Saya. Teruja sebab saya sangat mengidamkan untuk bercuti bersama keluarga kecil saya. Lokasi yang menjadi pilihan adalah ------------> Disneyland Hong Kong
                                 



Inilah salah satu percutian idaman saya (baru salah 1, banyak lg nie..). Tak dapat saya bayangkan keseronokan dan betapa terujanya anak-anak berjumpa dengan micky dan rakan-rakan.

Menurut laman web Discover Hong Kong terdapat lebih 100 patung yang bergerak dengan pelbagai kostum. Baru buat entry ni dah terbayang suasana kat sana. Terdapat 4 taman tema yang boleh diterokai iaitu Main Street USA, Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland. 

Tarikan yang mesti dilihat termasuklah Flights of Fantasy Parade dengan watak-watak Disney  yang menyanyi dan menari di sepanjang Main Street USA, Mickey's Philhar Magic di mana Donald Duck mengingati semula detik-detik paling seronok dalam filem-filem animasi Disney secara 3D, The Golden Mickeys pula adalah persembahan muzikal gaya Broadway yang memaparkan Mickey dan rakan-rakannya, dan juga Fantasy Gardens di mana Mickey, Minnie dan Goofy membuat penampilan kejutan untuk bertemu dan bermesra dengan tetamu.

Jom kita tengok gambar-gambar ehsan pakcik google nie..


Stars Fireworks





Flight Of Fantasy Hongkong Disneyland

Winnie The Pooh di Flights Of Fantasy

Pastinya mata tak mampu berkedip waktu nie... owh! termimpi-mimpi... harus masukkan dalam Vision Board.. target saya untuk percutian idaman nie.

Eh! nak tau jugak.. Ke manakah destinasi percutian idaman anda? Jom share!



Shaklee Independent Distributor
Kawasan Tg.Malim dan Seluruh Malaysia
ID : 1083265
FB : Norhanani Arshad
FB page : Vitamin Cinta Mama Balqis
011-25512542






1 ulasan:

Dilla Jalil berkata...

rasa nk bawa anak2 gi sinilah..mesti seronok anak2 kita kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...