Rabu, 11 Mei 2011

Air ketuban pecah lebih awal?


Semasa kehamilan, bayi anda dilindungi dalam uterus anda di dalam kantung membran yang penuh dengan cecair amnion. Jika kantung terkoyak, cecair ini akan keluar melalui serviks dan vagina. Ini dikenali sebagai “ketuban pecah”. Ia juga dikenali sebagai kepecahan membran yang spontan maupun mendadak.

Bagi ramai wanita, ketuban akan pecah di bahagian akhir pada peringkat pertama perlahiran. Namun, seorang dalam 10 orang wanita akan mengalami pecah ketuban di penghujung kehamilan walaupun pelahiran belum bermula (kepecahan membran prapelahiran penuh terma atau PROM). Bagi 2 peratus orang wanita yang hamil, ketuban mereka pecah sebelum mereka berada dalam 37 minggu kehamilan (kepecahan membran praterma, prapelahiran atau PPROM).

Jika ketuban anda pecah sebelum anda berada dalam fasa pelahiran, jangan panik! Gunakan tuala wanita untuk perlindungan bagi masalah ini. Ini juga akan memudahkan anda untuk melihat warna cecair yang keluar itu. Cecair selalunya adalah jernih dengan sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dengan sedikit darah.

Jumlah cecair yang menitis keluar itu adalah berbeza. Kadangkala beberapa titisan saja, kadangkala sebagai pancuran yang deras. Memang mengejutkan jika ketuban keluar dengan memancut; apatah lagi, pada terma penuh kehamilan, jumlah cecair ini boleh mencapai lebih kurang 800 mililiter.

Jika terdapat banyak yang keluar, penggunaan tuala wanita tidak memadai dan lebih baik anda menggunakan tuala tangan. Walaupun kurang kemas, cara ini adalah lebih praktikal, terutamanya jika anda perlu ke hospital dengan kereta. Elok juga dijaga supaya kerusi kereta tidak rosak dengan mengalasnya dengan helaian plastik.


Jika yang keluar hanya titisan kecil sekali sekala, elok juga diperiksa sama ada cecair itu bukannya titisan urin yang juga boleh berlaku di akhir kehamilan.

Perlu ditegaskan betapa pentingnya untuk mendapatkan pemeriksaan segera apabila ketuban anda pecah, tidak kira pada minggu ke berapa pun kehamilan anda (dan walaupun anda tidak mengalami kontraksi). Apabila ketuban anda pecah, perlindungan daripada jangkitan adalah rendah, dan jangkitan boleh masuk ke uterus dari vagina.


Sebaik sahaja anda dirawat, jika anda sekurang-kurangnya dalam 37 minggu kehamilan, doktor anda akan terus merangsangkan pelahiran jika anda belum masuk ke fasa pelahiran dengan sendirinya selepas 24 jam. Kira-kira sembilan daripada 10 orang wanita, yang hamil tidak kurang dari 37 minggu, akan melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas ketuban pecah. Namun begitu, jika anda hamil antara 34 minggu dan 37 minggu, anda boleh memilih sama ada untuk dirangsangkan pelahiran atau tunggu dahulu dan lihat perkembangan seterusnya.

Selain itu, sekiranya anda diuji positif untuk streptokokus kumpulan B semasa hamil, lain pertimbangan harus diambilkira. Memang ada risiko jangkitan berkaitan dengan GBS jika terdapat tempoh yang panjang antara ketuban pecah dan masa pelahiran bermula. Jadi, dalam kes sebegini, rangsangan pelahiran mungkin akan dibuat dengan seberapa segera.

Jika semuanya berjalan lancar untuk anda dan bayi anda, anda boleh kembali ke rumah jika anda mahu. Pendekatan tunggu dan lihat boleh meningkatkan risiko jangkitan (kira-kira 1 peratus wanita berbanding dengan 0.5 peratus wanita yang tidak pecah ketubannya). Ia adalah selamat untuk anda mandi tetapi jangan lakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.

Anda perlu:

• Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi anda diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa pelahiran atau dirangsangkan pelahiran.

• Periksa suhu anda setiap empat jam di waktu berjaga untuk memastikan sama ada anda demam atau tidak.

• Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau cecair amnion (air ketuban) yang menandakan terdapatnya jangkitan.


• Pastikan bayi anda bergerak seperti biasa.

Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan atau demam (seperti menggigil dan memerah) atau jika anda mendapati pengurangan dalam pergerakan bayi anda, hubungi hospital dengan segera. Jika anda didapati mempunyai penyakit, anda akan memerlukan antibiotik intravena dan pelahiran akan dirangsangkan oleh doktor dengan segera.

Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan tetapi ketuban anda telah pecah lebih daripada 24 jam, anda dinasihatkan untuk melahirkan bayi di hospital. Ini adalah sebab bayi anda mungkin memerlukan akses atau pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal. Anda perlu berada di hospital sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran supaya bayi anda dapat diperiksa jika terdapat tanda-tanda jangkitan. Anda juga akan diminta untuk menghubungi doktor anda dengan segera sekiranya terdapat perkara yang membimbangkan anda mengenai bayi dalam tempoh lima hari pertama.

Risiko akan meningkat jika tempoh antara ketuban anda pecah dan kelahiran bayi anda agak panjang sedikit. Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan, tetapi ketuban anda telah pecah lebih daripada 48 jam, anda perlu berfikir dengan serius mengenai apa yang perlu anda lakukan. Doktor anda akan berbincang dengan anda sama ada elok dirangsangkan pelahiran dengan segera atau terus tunggu dan lihat.


Semakan semula oleh Dr Patrick Chia, seorang pakar perunding obstretik dan sakit puan yang yang mempunyai pengkhususan dalam pemeriksaan dan pengurusan ketidakabnormalan fetus dan penjagaan kehamilan berisiko tinggi.

sumber: baby center

Selasa, 10 Mei 2011

Check up 2x seminggu..


Pagi tadi dating lagi dengan Pakar O&G Hospital Slim River. Alhamdulillah Junior sehat jer.. makin aktif.. berat pun dah 2.8kg+.. Besar dari ayong aqish nie...

Sekarang ni kene g check up 2x seminggu... Selasa check up kat hsptl slim river, jumaat pulak kat klinik kesihatan sg.selisek..

next check up:-
13/5/2011 - Klinik Kesihatan Sg.Selisek
18/5/2011 - Hospital Slim River
20/5/2011 - Klinik Kesihatan Sg.Selisek


Perkembangan fetus - hamil 37 minggu

uterusrambutvagina
Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.


Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian
sakit bersalin dan melahirkan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Rabu, 4 Mei 2011

Check up & Perkembangan Fetus 36 wks..


Update xpress.. check up 3 mei 2011 @ Klinik Desa Gedangsa

Umur Junior dlm peyut: 36 wks

Berat mama : 53.5kg..(naik 0.5kg dlm 2 mgu..)
Tekanan darah : 120/70
H/B: 11.2.. turun skit lorr...
Baby dah turun ke bawah..

next check up
6/5/2011 - Klinik Kesihatan Sg. Selisek
10/5/2011 - O&G Hospital Slim River
13/5/2011 -
Klinik Kesihatan Sg. Selisek

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu


uteruskepalakulit

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

http://aqis090209.blogspot.com

Jumaat, 15 April 2011

Dating ngan Pakar O&G & Perkembangan Fetus 33wks..

Rabu lepas 13/4/11 g dating a.k.a temujanji dengan doktor pakar O&G Hospital Slim River.. bertapa kat spital dari kul 830 sampai ler kul 12.. Kene refer pakar sebab ader history of caeser.. aqis tu kuarnye ikut tingkap..reason: sudah terberak dalam perut. masa tu baru 38++ wks. So, pakar tu explain sikit2 pasal risiko bersalin normal @ caeser... Harap-harap kali nie dapat bersalin normal lah..

scan kali nie estimate berat junior lum sampai 2kg lg.. haih..kecik jer junior nie... macam ayong aqis jgk.. keluar pun dlm 2.5kg jer.. mama dia jer yg naik kg nampaknye.. ape2 pun syukur junior sehat jer..

Perkembangan fetus - hamil 33 minggu


kulittengkorak

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.

Video meninjau kehamilan: . Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


# nextweek check up kt klinik desa gedangsa 19/4/2011
check up klinik kesihatan sg.selisek 22/4/2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...