Memaparkan catatan dengan label Info 4 Baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info 4 Baby. Papar semua catatan

Rabu, 6 Oktober 2010

Ketahui cara beri bantuan kecemasan

Nie entry copy paste dr mymetro

Ketahui cara beri bantuan kecemasan

Oleh Siti Zarinah Sahib

2010/10/06

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

pix_middle
pix_topright

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

"Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

"Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

"Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

"Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

"Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.

Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.

Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:
> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.
> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.
> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.
> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.
> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.
> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.


"Ya Allah, Ya Tuhanku.. Peliharalah keselamatan anakku.. Lindungilah dr segala bencana dan kejahatan.. Aminnn...

Khamis, 14 Januari 2010

Gigi pertama si kecil

Dipetik dr Majalah Pa&Ma ..

Tinkiu..

Gigi pertama si kecil

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketiak dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.


* x sabar nak tengok senyuman Balqis dengan gigi pertamanya..

Khamis, 7 Januari 2010

Elak anak lemas tidur

Elak anak lemas tidur
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF

Selimut dan bantal yang banyak boleh menyebabkan bayi sesak nafas dan mati lemas ketika tidur.


MEMILIKI cahaya mata antara pengalaman dan saat manis yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Jika sebelum ini hidup berdua, tetapi kini kehadiran anak memberi sinar baru dan pelengkap bagi sebuah keluarga.

Seperti yang kita sedia maklum bayi yang baru lahir rutin harian mereka hanya tidur dan melelapkan mata. Selepas berusia tiga bulan ke atas, barulah kita berkesempatan bermain dan bermesra dengan si kecil. Namun begitu, tahukah anda bahawa posisi tidur bayi juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka? Jika ibu bapa mengambil sikap sambil lewa dan tidak peka dengan keadaan tidur si bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, memberikan beberapa tip dan nasihat mengenai posisi tidur bayi yang betul. Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, barangkali tip ini boleh dijadikan panduan. Menurut Norrashidah yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor, bagi bayi normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan.

Namun begitu katanya, biasanya pihak hospital kerap menidurkan bayi dalam keadaan mengiring yang diletakkan bantal di bahagian belakang bayi. Tambah Norrashidah lagi, posisi tidur terlentang lebih memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas. Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.

"Bagaimanapun, budaya masyarakat Amerika Syarikat (AS) pula, mereka lebih gemar menidurkan bayi dalam keadaan terlangkup (posisi meniarap tetapi bahagian punggung ditinggikan) berbanding terlentang. Mereka berpendapat posisi tidur terlentang menyebabkan bayi sesak nafas dan kurang bijak. "Namun begitu, sebuah kajian yang dijalankan mendapati posisi tidur bayi secara terlentang tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit, terutamanya Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)," katanya.

Menjelas lanjut terdapat juga segelintir ibu bapa yang menidurkan anak-anak dalam keadaan meniarap. Tiada salahnya tetapi ibu bapa perlu memastikan tilam yang digunakan tidak lembut. Dan, letakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa selesa. Jika ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mengalihkan muka mereka ke sisi sewaktu tidur meniarap maka, mereka bebas tidur dalam keadaan begitu.
Anda juga boleh memilih untuk menidurkan bayi secara mengiring dan yang paling penting letakkan sebiji bantal di bahagian belakang supaya bayi tidak terlentang secara mengejut.


Sementara itu, kepada ibu bapa yang memiliki bayi yang tidak normal seperti pra-matang atau sindrom down, mereka perlu menitikberatkan soal posisi tidur anak-anak. Dalam keadaan ini, posisi tidur terlentang tidak digalakkan buat bayi yang tidak normal.
Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka cukup lemah dan lembik. Disebabkan itu mereka tidak boleh tidur dalam posisi terlentang kerana mudah mengalami sesak nafas dan lidah serta rahang mereka akan terjatuh ke belakang.

Seperti yang diketahui, bayi yang baru lahir akan tidur antara 16 hingga 18 jam sehari. Mereka akan terjaga sekiranya hendak menyusu dan menukar lampin. Atas faktor tersebut, ibu bapa dinasihatkan supaya menukar posisi anak-anak setiap dua jam sekali kerana biasanya bayi yang baru lahir sukar untuk bergerak sendiri.

Ibu bapa juga disarankan supaya:


* Menggunakan tilam yang rata dan keras. Penggunaan tilam air, tilam angin, bantal yang lembut tidak elok untuk keselamatan bayi. Ini kerana apabila bayi menukar posisi tidur dalam keadaan meniarap, mukanya boleh terbenam ke dalam tilam atau bantal yang lembut itu. Kesannya, mereka akan mengalami sesak nafas.

* Sebelum tidur pastikan suhu badan bayi anda tidak terlalu panas. Gunakan selimut yang nipis atau pakaian bayi yang sesuai dengan suhu bilik tidurnya untuk mengurangkan penggunaan jumlah selimut yang banyak.

* Tidak menjadi masalah sekiranya bayi tidur di dalam bilik ibu bapa, tetapi elakkan berkongsi katil bersama ibu bapa. Menurut Norrashidah terdapat dua kes yang diterima mendapati bayi mati dek kerana terhimpit secara tidak sengaja di celah antara ibu dan bapanya. Selain itu, lebih menyakitkan apabila tangan atau kaki si ayah atau ibu terletak di atas perut atau kepala si bayi, lalu menyebabkan bayi lemas.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa haruslah menidurkan bayi di dalam katil bayi yang berasingan. Bukan itu sahaja, pastikan persekitaran tempat tidur bayi tidak dipenuhi dengan selimut tebal, anak patung atau bantal yang terlalu banyak. Ini kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas dan sesak nafas apabila bertukar posisi tidur. Cukup dengan sebiji bantal dan sehelai selimut yang menutupi dari paras dada ke bahagian kaki.



Teringat posisi tido balqis..dr kecik smpai sekrg suker tido mengiring + kepala mendongak skit.. dah dibetulkn tp akhirnye mesti berkeadaan asal semula.. selesa agaknye.. hehehe



Bayi 'bertutur' bahasa isyarat

Bayi 'bertutur' bahasa isyarat Susunan ADHAM SHADAN

Apabila bayi-bayi mempelajari bahasa isyarat, ia akan menyediakannya dengan 'alat' pendidikan yang hebat iaitu berkomunikasi lebih awal.

Align Center


BAYI tidak boleh mengungkap kata dan oleh itu, mereka tidak berupaya menyuarakan apa yang mereka kehendaki. Bagi ibu-ibu, adakalanya ia membingungkan. Lantas tergetuslah di hati 'apalah yang dimahukan si kecilku ini?'.

Justeru, apakah ada cara untuk membantu si ibu dan bayi berkomunikasi dengan lebih baik? Gunakanlah bahasa isyarat! Itulah yang cuba diterapkan oleh beberapa pakar bahasa di Poland untuk membantu ibu-ibu berkomunikasi dengan bayi kecil mereka. Kelihatan beberapa ibu giat mempelajari komunikasi bahasa isyarat dengan bayi-bayi mereka dalam sebuah kelas mengajar bahasa isyarat bayi di Warsaw, Poland baru-baru ini.
Dikendalikan oleh pakar bahasa dan bayi, Danuta Mikulska, bayi-bayi comel itu nampak tertarik dengan pergerakan tangan dan jari yang dipamerkan kepadanya. Mikulska dan pakar bahasa percaya bahawa komunikasi ini dapat membantu komunikasi sementara kanak-kanak itu belajar bercakap. Untuk mendapat gambaran bagaimana bahasa isyarat ibu dan bayi ini berfungsi, mungkin beberapa senario ini dapat lebih membantu. Bayangkan, bayi kecil anda yang berusia 10 bulan menangis pada pukul 3 pagi secara tiba-tiba dan anda tertanya-tanya apa yang dikehendakinya. Berjam-jam lamanya, tangisan makin kuat dan anda terus dicengkam keresahan.
Bayangkan pula, bayi anda itu menangis pada waktu yang sama dan anda datang kepadanya. Kemudian, dia menunjukkan isyarat tangan mahukan teddybear dengan membuat isyarat memeluk tubuh dan anda secara serta merta mengetahui bahawa dia mahukan teddybearnya. Bukankah itu lebih mudah? Bukan itu sahaja. Bahkan menerusi bahasa isyarat juga, si comel akan tahu 'menyuarakan' apa yang dihajatinya dengan bahasa tubuh sama ada ketika mahukan susu, ketika perutnya sakit, ketika ingin menonton video kegemarannya dan sebagainya. Secara umumnya, bahasa isyarat bayi adalah satu mekanisme interaksi antara anda dan bayi anda menggunakan tangan atau pergerakan tertentu yang membawa maksud. Bagaimanapun, kaedah bahasa isyarat bayi ini bukanlah satu yang baru di dunia dan ia telah diaplikasikan secara meluas di beberapa buah negara lain.
Di Amerika Syarikat (AS), pengajaran bahasa isyarat kepada bayi telah mula dibangunkan oleh profesor emeritus psikologi University of California, Linda Acredolo dan profesor psikologi, Susan Goodwyn dari California State University. Kajian mereka telah bermula seawal tahun 1982 lagi. Faedahnya, sudah tentulah ia dapat mengurangkan tekanan dan kekecewaan dalam kalangan bayi dan ibu-ibu, bapa-bapa atau penjaga-penjaga itu sendiri. Si kecil tidak berasa kecewa dan akhirnya menangis sekuat hati kerana dia tahu bagaimana untuk 'memberitahu' apa yang dikehendaki dan para penjaga pula tidaklah keletihan untuk memuaskan kerenah bayi. Tambahan pula, kaedah ini dapat mendidik kanak-kanak agar tahu mengekspresikan apa yang mereka rasa dan fikir sejak kecil lagi. Apabila bayi-bayi mempelajari bahasa isyarat, ia akan menyediakannya dengan 'alat' pendidikan yang hebat iaitu berkomunikasi lebih awal. Selain itu, ia juga dapat menyemai pemikiran kreatif terhadap bayi.
Namun begitu, kaedah ini tidak terlepas daripada menerima pandangan skeptikal di awal penemuannya. Ada yang mendakwa, menggunapakai kaedah ini akan melambatkan keupayaan bayi bertutur.
Tetapi kajian telah membuktikan sebaliknya. Acredolo telah menerima pembiayaan daripada Institut Kesihatan AS untuk mengkaji pembangunan bahasa verbal antara bayi berbahasa isyarat dan bayi yang tidak. Hasil kajian itu yang dikeluarkan pada tahun 2000, mengejutkan para pengkritik kerana bayi berbahasa isyarat dilihat lebih terkehadapan dalam kemahiran bertutur.
Banyak kajian seterusnya turut mengesahkan perkara yang sama. Kebanyakan bayi berbahasa isyarat bercakap lebih awal daripada bayi yang tidak mempelajari bahasa isyarat.


Marah proses perkembangan kanak-kanak kawal diri

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi.
Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa, dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.

Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya
untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.

Dia mahu berdikari dan melakukan semua perkara sendiri. Dia juga ingin membuat pilihan sendiri dalam apa juga perkara dan mudah meradang apabila ibu bapa menghalangnya.
Sikapnya yang suka marah-marah itu mungkin satu daripada pelajaran yang susah untuk dipelajarinya.

Mengapa kanak-kanak mudah marah dan meradang

Dia keliru kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang diminta atau dikatakan ibu bapa.

Dia mungkin kecewa orang lain tidak memahami apa yang dikatakannya.

Dia mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan dan keperluannya.
Selepas usianya tiga tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh bercakap dengan betul. Ini memudahkannya meluahkan apa yang dirasa. Secara automatik, sikapnya yang suka marah-marah hilang begitu saja. Bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak berupaya bertutur dengan baik masih suka meluahkan apa yang dirasanya. Justeru, sikap yang suka marah akan berterusan.

Anak anda mungkin belum belajar menyelesaikan masalahnya sendiri dan mudah putus asa.

Mungkin dia mengalami kesakitan atau masalah fizikal lain yang menghalangnya meluahkan apa yang dia rasa.

Dia mungkin lapar, tetapi tidak mengetahuinya.

Dia mungkin letih dan tidak cukup tidur.

Dia mungkin rasa gelisah dan tidak selesa.

Dia mungkin berasa tertekan dengan perubahan di dalam atau persekitaran rumah.

Anak mungkin cemburu dengan adik beradik dan mahu lebih perhatian.

Dia mungkin tidak boleh melakukan apa yang dia impikan.

Bagaimana mencegah sikap marah anak?

Anda mungkin terkejut jika anak anda hanya akan bersikap marah-marah di hadapan anda saja.
Dia sebenarnya menguji peraturan dan had yang anda gariskan untuknya. Kanak-kanak akan lebih selamat bersikap demikian di hadapan orang yang dipercayainya.

Justeru, anda mungkin sukar mencegah sikapnya yang suka marah-marah tidak menentu itu,
tetapi ada beberapa cadangan yang dapat membantu anda iaitu:

Galakkan anak menggunakan perkataan untuk memberitahu apa yang dia rasa.
Misalnya, mama, abang marah� atau ibu, kakak marah�.
Cuba fahami perasaannya dan cadangkan perkataan lain yang menggambarkan perasaannya ketika itu.

Buat peraturan dan had yang munasabah.
Jangan berharap anak kecil akan menjadi sempurna.
Beritahu dia mengapa peraturan itu dibuat dan jangan mengubahnya sesuka hati.

Pastikan setiap perkara rutin berjalan dengan lancar dan anak akan tahu apa yang dia jangkakan.

Elak situasi yang boleh mengecewakan anak.

Elak menziarah atau membeli belah dalam masa yang panjang.
Dia mungkin marah kerana tidak boleh melakukan apa yang dia suka misalnya bermain atau membaca buku kesukaannya. Untuk perjalanan jauh, bawa patung atau buku kegemarannya.

Berhati-hati menyebut tidak.
Apabila anak mengatakan tidak untuk semua permintaannya, ia amat mengecewakan.
Oleh itu, dengar dengan baik apa yang dia mahu. Jika permintaannya munasabah, tidak salah mengatakan boleh, tetapi jika ia membabitkan keselamatannya, jangan mengatakan boleh hanya untuk mengelak dia marah.

Biar anak membuat pilihan.
Contohnya jika dia malas mandi beritahu dengan jelas mengapa dia perlu mandi.
Jika anda biasa bertanya padanya, abang hendak mandi tak?
Cuba katakan begini, bangun pagi abang perlu mandi.
Abang hendak berjalan ke bilik mandi atau mama dukung abang?,�

Apa yang perlu anda buat jika anak marah-marah?

Cuba alihkan perhatiannya, misalnya membuat jenaka.

Bertenang dan jangan turut sama naik angin.

Bila dia marah, anda perlu berdiri berdekatan dengannya atau pegang dia
tanpa bercakap sepatah pun hingga dia diam.
Kalau anda tidak boleh bertenang, jauhkan diri darinya.

Bagaimanapun,
kalau anak mula menendang atau menyepak anda,
membaling barang, menjerit dan menangis dengan kuat dan berpanjangan,
jauhkan dia dari punca kemarahannya.
Beri dia masa untuk bertenang.

Bagi kanak-kanak yang sudah berusia lebih tiga tahun,
dia akan tahu dengan sendirinya untuk bertenang.
Kanak-kanak pada usia ini juga mudah diajak berbual dan berbincang mengapa
dia tidak boleh menjerit-jerit dan marah dengan cara begitu.

Bagi kanak-kanak lebih kecil, tinggalkan dia jika anda tidak boleh bersabar.
Dalam tempoh seminit dua, jengoklah semula kerana kadangkala akan tertidur atau berhenti menangis
apabila tiada siapa sudi melayannya.

Jangan marah dia kerana dia akan memendam rasa marah dan kecewa dengan tindakan anda.


thanks syd from forum.cari.com

PUJUK ANAK MENGAMUK


Oleh Siti Nur Almizan Aripin


Kanak-kanak merengek, menangis, menendang jika tidak dapat kawal emosi

FAQIF genap tiga tahun Disember ini. Anak comel yang lasak dan bijak itu bakal menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga pertengahan Oktober ini tetapi sayang, Faqif masih tidak mampu mengucap kata-kata yang boleh difahami sesiapa walaupun ibunya.

Paling memeningkan kepala ibunya apabila anak kecil itu sentiasa menggunakan tangisan sebagai senjata bagi memastikan permintaannya dipenuhi. Pantang ada yang tersilap, anak kecil itu akan bergolek ke lantai sambil meraung panjang.

Masalah yang berlarutan begitu memeningkan si ibu. Kadangkala, jika ada sebarang majlis dianjurkan saudara mara atau rakan taulan, ibunya terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membawa Faqif. Bukan bimbang dimalukan di khalayak jika anaknya membuat onar tapi bingung memikirkan cara untuk memujuk kalau-kalau anaknya mengamuk.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Perdana, Dr Mazidah Abdul Rashid, berkata mengamuk atau tantrum adalah keadaan emosi yang datang secara tiba-tiba. Apabila keadaan emosi tidak terkawal itu muncul, kanak-kanak boleh merengek, menangis, menendang atau memukul orang lain tanpa sebab.

Katanya, ada juga kanak-kanak yang menahan nafas sehingga pengsan apabila mengamuk. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu membenci seseorang, melukakan diri atau orang lain.

Bagaimanapun, Dr Mazidah berkata, kelakuan itu adalah agak normal di kalangan kanak-kanak berumur antara satu sehingga tiga tahun dan ia juga berlaku kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki.

Dr Mazidah berkata, ketika berada pada peringkat usia berkenaan, kanak-kanak tidak tahu mengimbang atau mengawal kehendak.

Mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk menahan perasaan atau percakapan dan seperti kes dialami Faqif, dia tidak dapat menyampaikan apa yang dikehendaki atau diingini,� katanya.

Katanya, faktor yang menyebabkan tantrum adalah keletihan, lapar atau takut. Penyebab utamanya ialah kekecewaan.

Kanak-kanak akan mengamuk kerana mereka tidak tahu untuk menyampaikan hasrat atau tidak tahu untuk mengatur bahasa atau bercakap, memberitahu yang diri mereka letih, mengantuk, lapar atau tidak selesa berada di persekitaran yang bising.

Kadangkala pencapaian pembesaran memainkan peranan yang penting. Anak-anak ini akan berasa sedih atau geram apabila tidak dapat berjalan, melukis atau bermain dengan permainan mengikut apa yang dia kehendaki. Anak-anak berusia dua hingga tiga tahun biasanya mahukan kebebasan tapi pada masa yang sama memerlukan ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan mereka serba-salah dan akhirnya mengamuk,� katanya.

Ada juga ibu bapa yang beranggapan anak mereka memanipulasi atau sekadar ingin mendapatkan perhatian jika selalu mengamuk tanpa sebab. Bagaimanapun, tahukah anda ketika umur antara satu hingga tiga tahun, kanak-kanak tidak tahu menggunakan mekanisma tantrum.

Jika umur anak anda lebih tiga tahun, kemungkinan mereka menggunakan cara ini untuk mendapatkan sesuatu atau mengelakkan sesuatu yang dia tidak suka. Justeru, ibu bapa perlu menangani pelakuan anak mereka dengan bijak serta konsisten misalnya dengan memberitahu bahawa benda baik akan terjadi sekiranya mereka berhenti mengamuk.

Dr Mazidah berkata, walaupun tantrum bukan gejala yang berbahaya tapi sekiranya anak mengalaminya dan dia tidak mahu bernafas atau diserang sawan atau pengsan, ibu bapa perlu merujuk masalah itu kepada doktor.

INFO: Panduan menangani tantrum

* Jangan biarkan anak-anak melukakan diri sendiri atau orang lain apabila mengamuk.

* Ibu bapa perlu berlagak tenang. Jangan menjerit, memarahi atau menakutkan anak. Bercakap dengan tenang dalam bahasa mudah. Kanak-kanak yang masih kecil selalunya memerlukan ayat atau bahasa yang mereka perlukan bagi menzahirkan apa yang diingini.



nie nangis gayat ker?

Positif tangani anak cedera otak



Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


APABILA anak-anak terlebih aktif, tidak menangis apabila jatuh dar itempat tinggi, kurang kepekaan merasa atau lambat respons terhadap sesuatu perkara yang menggemparkan, anda perlu berhati-hati!

Terdapat kemungkinan anak anda mengalami kecederaan otak. Masyarakat yang menyaksikan senario tersebut pula besar kemungkinan melabelkan anak anda sebagai cacat akal, hiperaktif, lembam, menghidapi penyakit cerebral palsy, autisme, epilepsi atau mungkin juga Down Sindrom. Ibu bapa pula yang tidak mempunyai ilmu perubatan secukupnya mungkin hanya akan membiarkan keadaan tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata.

Bergantung pada apakah kecederaan otak yang dihadapi, anak-anak pastinya akan berhadapan dengan masalah tertentu seperti pergerakan lambat, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, pembelajaran atau mungkin juga gabungan antara semua masalah tersebut. Lebih teruk jika anak tersebut mengalami masalah lain seperti alahan, masalah penghadaman serta masalah kesihatan lain yang boleh menjurus kepada taraf kesihatannya secara keseluruhan. Dan jika anda membiarkan sahaja perkara tersebut, ia akan menjadi lebih teruk. Padahal kecederaan otak tersebut sebenarnya boleh dirawat hingga anak menjadi normal kembali.

Pakar Terapi Fizikal Institutes for The Achievement of Human Potential (IAHP), Glenn Doman berkata, otak adalah organ utama yang menentukan kelancaran pergerakan seluruh badan.

"Terdapat lima deria yang boleh ditafsir oleh otak iaitu penglihatan, pendengaran, merasa, perasaan dan bau. Manusia mempelajari sesuatu menerusi lima deria ini," jelas beliau. Doman berkata, terdapat ribuan cara untuk merangsang otak melalui lima pancaindera tersebut.

"Apabila salah satu fungsi otak dapat dipertingkat, maka fungsi lain juga boleh dipertingkat ke tahap tertentu. Perlu diingat, otak semakin berkembang apabila digunakan dan dirangsang," kata penulis buku What To Do About Your Brain-Injured Child ini. Doman berkata, ramai orang beranggapan bahawa tahap keupayaan otak adalah sama sejak dilahirkan hingga besar. Tanggapan tersebut tidakbenar sama sekali kerana otak sebenarnya boleh berkembang apabila kita menggunakan cara rangsangan yang betul, bergantung kepada tahap kecederaannya. Beliau juga percaya bahawa disebabkan pembangunan neurologi kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak boleh dipercepat, perkara yang sama boleh dilakukan kepada kanak-kanak yang sihat.

"Apabila kecederaan berlaku, ia sebenarnya berlaku di dalam otak.Merawati simptom otak tersebut tidak memberi harapan semata-mata tetapi harus diingat, kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak bukanlah tidak mempunyai harapan untuk menjadi normal, cuma perhatian dan cara rawatan perlulah berterusan dan teknik yang betul," jelasnya.

Menurut Doman, rawatan dan terapi pada anak-anak yang mengalami kecederaan otak dilakukan pada pelbagai frasa seperti pergerakan,kepintaran, komunikasi, cara pergaulan, pemakanan, perubatan dan pembedahan jika perlu. "Ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami simptom yang disebutkandi atas perlu tahu bahawa beribu-ribu kanak-kanak di seluruh dunia yang pernah mengalami kecederaan otak kini dalam proses untuk menjadi normal dan ramai juga yang telah berjaya dalam rawatan mereka.

Setiap ibu bapa harus mengambil langkah proaktif untuk memberi harapan kepada anak yang mengala mi kecederaan otak untuk menempuhi kehidupan normal seperti kanak-kanak lain," tambahnya.
Pesan Doman, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecederaan otak, perlu mempunyai sikap-sikap seperti di bawah :-




Gb yg tiada kaitan..hehehe..

TIPS RANGSANG OTAK ANAK.(TEKNIK JEPUN SHICHIDA).

Dipetik dari forum.cari.com.. tinkiu..sharing is caring kan...

Teknik Shichida diamalkan oleh masyarakat Jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini, tarik nafas sedalam-dalamnya dan releks.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam,bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh, kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati, elakkan ketika sedang marah. Selepas anak mula pejamkan mata,r amas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.


2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

3) Galakkan anak melakukan kraftangan . Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan, oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat, mewarna, melukis, gunting kertas , origami dan sebagainya. Memanglah selepas itu terpaksa mengemas,tetapi banyak manfaatnya.

4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar, contohnya rama-rama. Anda hanya perlu melukis sebahagian sahaja dan suruh anak anda menyudahkannya. Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat, sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri. Andainya anda termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi. Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi.I ni adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.

8) Jika boleh elakkan menggunakan perkataan Jangan kepada anak-anak. Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu, itulah yang anak lakukan..Gantikan dengan perkataan lain seperti, Tolong atau Marilah kita sama-sama..


jOM lik nie leh praktikkan teknik2.. moga2 Balqis jd anak yg pintar dan bijak.. Amin..

Rabu, 7 Oktober 2009

5 Langkah Anak Ceria

Lamer rasenye x update blog nie.. bersawang2...tp lum sampai tahap labah2 membiak kot...
n3 raye? nanti dululah.. nak share pasal artikel nie dulu ...


5 Langkah Anak Ceria

Bayi tersenyum adalah perkara pertama yang ingin dilakukan oleh setiap wanita yang baru bergelar ibu. Keseronokan bersama bayi dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menceriakan mampu membuatkan teruja sekali gus, bayi menjadi ceria dan sihat.




1. Cakap dan ketawa bersama

Walaupun bayi masih belum boleh bercakap, namun ia adalah aktiviti yang menceriakannya. Teruskan bercakap dengan disulami dengan ketawa. Pasti bayi seronok melihat wajah anda yang ceria.


2. Bergurau

Aktiviti yang menyeronokkan si kecil. Bergurau dengannya sambil geletek pada anggota badan yang menggelikannya. Sentuhan tangan ibu akan membuatkan si kecil terhibur dengan aktiviti ini.-kalau papa geletek memang kuat suaranye terkekek2..pastu malam confirm ngigau time tido..huhuhu..



(kalau compare jari mama ngn aqis,saper lg tembun?..huhuhu..)


3.Panggilan manja

“Sayang, anak ibu.”Ini adalah antara panggilan manja yang membantu membuatkan si kecil tersenyum. Sambil memanggil dengan panggilan manja, pegang tangan dan tatap matannya. Ulangi beberapa kali, supaya si kecil tahu yang betapa anda menyayanginya. -aqis pulak kalau panggil aqis omey...tersenyum2 malu la dia..


4.Pujian

Senyum kepada bayi anda sambil memuji akan paras rupanya comel, kulitnya yang gebu dan matanya yang cantik. Sambil itu, dekatkan wajah anda kepadanya sehingga tangannya menyentuh wajah anda.- yg nie memang aqis suke..bukan takat sentuh muke..siap pakej cakar, cubit, korek mata,idung ngn mulut lg..



5.Mimik muka lucu

Bayi suka melihat wajah ibunya. Apa jua reaksi pada wajah ibunya pasti menarik perhatiannya. Jadi lakukan mimik muka lucu untuk menarik perhatiannya, contohnya bulatkan mata, mulut dan pegang pipi. Bayi pasti suka melihat mimik muka lucu anda!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...