Jumaat, 10 Oktober 2014

Hari 5 ~ Daging Salai Masak Cili Padi Homemade Resepi

Assalamualaikum..

Bab masak-memasak ni memang kesukaan saya walaupun rasanya tidaklah hebat mana. Jadi, saya sangat teruja bila salah satu tajuk tugasan 7 hari berblog ni adalah Homemade Resepi. Homemade resepi yang saya nak kongsikan harini ialah Daging Salai Masak Cili Padi bersama Belimbing (resepi sempena Aidil Adha).

Resepinya main agak-agak jer sebenarnya. Jom kita tengok bahan-bahannya:-



1 kg daging salai
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi 
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan pekat
2 keping asam keping @ gelugor


Cara Penyediaan:-

1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian salai @ panggang daging menggunakan pemanggang ajaib (kalau salai atas api lagi wangi & sedap)

2. Potong secara nipis daging tersebut.



3. Tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit hidup dan halia hingga lumat (saya blend kesemua bahan nie.. nak cepat....hihihi...)



4. Masukkan kesemua bahan yang di tumbuk @ kisar ke dalam periuk berserta daging salai dan digaul dengan sudip agar mesra.

5. Tuangkan santan ke dalam periuk.

6. Masukkan serai, garam dan asam keping. Kacau.

7. Setelah mendidih, masukkan belimbing dan kacau di atas api yang perlahan.



8. Apabila belimbing lembut. Tutup api dan sedia untuk dihidang.




Mudahkan? Sape yang banyak dapat daging korban tu boleh la cuba resepi nie...

Selamat Mencuba!


Dah makan banyak makanan berlemak tu jangan lupa amik alfalfa & lecithin. Lecithin membantu mengecilkan lemak terapung di dalam badan dan Alfalfa Complex bertindak sebagai detox dengan menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak keluar dari badan anda. Nak tahu lebih lanjut? baca di SINI atau hubungi saya terus.
Oh ya! Baca juga entry semalam ya! Hari 4 ~ Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan


 
D : 1083265
FB : Norhanani Arshad
FB page : Vitamin Cinta Mama Balqis
011-25512542

2 ulasan:

Unknown berkata...

sedapnyeeeee.. rajin salai daging yer. Zura, kalo dengan daging memang feberet masak kicap. sedapnyeeee.. tapi sayangnye.. x de rezeki makan daging korban tahun nih. hehehe

mama balqis berkata...

alahai..siannya.. takde rezeki merasa daging korban ye.. saya masak ni kat umah mertua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...