Pemakanan Pesakit Sakit Buah Pinggang amatlah penting diambil berat. Ini kerana buah pinggang merupakan antara organ terpenting dalam tubuh badan kerana ianya berfungsi menapis darah bagi membuang air dan garam yang berlebihan serta bahan kumuh atau bertoksin dari tubuh. Entry kali ini akan berkongsi 7 tips pemakanan pesakit buah pinggang.
Keratan Rentas Buah Pinggang |
Buah
pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai
peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan). (Wikipwdia)
Perkara yang perlu diambil perhatian bagi pesakit buah
pinggang adalah Garam, Protein, Kalium(Potassium) dan Fostat. 7 tips pemakanan pesakit buah pinggang adalah:-
1.
Kawal Pengambilan Garam
Garam adalah pelengkap rasa bagi
setiap makanan. Walaupun agak sukar untuk mengelakkan pengambilan garam, namun
penggunaan garam harus dikawal bagi pesakit buah pinggang. Elakkan mengambil
makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan yang mengandungi garam
nyata seperti telur masin, ikan masin, ikan kering, ikan bilis perencah segera.
Makanan yang mengandungi garam tidak disedari pula seperti keju, burger dan makanan
yang diawet .
2.
Kawal Pengambilan Air
Pesakit buah pinggang hendaklah
menghadkan penagambilan cecair. Pembengkakan akan berlaku pada anggota badan sekiranya jumlah cecair
yang diambil melebihi had. Kesannya pesakit kemungkinan mengalami kesukaran
untuk bernafas, mempengaruhi tekanan manakala jantung pula terpaksa bekerja
keras.
3.
Kawal Makanan Yang Yinggi Protein
Pesakit buah pinggang perlu
mengawal pengambilan makanan yang tinggi protein seperti soya, kekacang, produk tenusu dan
daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam (daging putih). Kegagalan buah pinggang menyebabkan
protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang dan mengambilan
pritein yang tinggi akan membebankan buah pinggang.
4.
Kawal Makanan Yang Tinggi Kalium (Potassium)
Sayur-Sayuran dan buah-buahan
yang tinggi kalium adalah seperti kalian, brokoli, bayam, ubi keledek, anggur,
pisang, durian dan kurma. Oleh itu, pesakit perlu mengurangkan pengambilan
makanan tersebut sebaliknya memilih sayuran dan buahan yang rendah kandungan
kalium sperti taugeh, petola, kangkung, kobis, epal, nenas, dan jambu batu. Rujuk Jadual di bawah:-
Jadual 1: Pengkelasan sayur-sayuran |
Jadual 2 : Pengkelasan buah-buahan |
Jadula 3 : Pengkelasan minuman |
Kandungan fostat yang tinggi akan
menarik kalsium daripada badan dan menjadikan tubuh lemah, sakit sendi dan
tulang rapuh. Contoh makanan dan minuman yang tinggi fosfat ialah:-
i.
produk
tenusu (keju, susu, yogurt, teh tarik dan kopi susu)
ii.
produk
makanan kering(ikan bilis, ikan kering, cendawan kering),
iii.
produk
bijirin (oat, roti bijirin penuh, beras perang)
iv.
daging
dan organ dalaman haiwan (hati, limpa).
Manakala makanan dan mimuman yang
rendah fosfat ialah putih telur, bihun, kuew tiow, laksa, air tebu, sirap ros
dan teh .
6.
Mengurangkan Kerja-kerja Berat
Pesakit buah pinggang akan mudah
mengalami kelesuan badan akibat proses dialysis. Pesakit disarankan mengambil vitamin
tambahan untuk menggantikan keperluan nutrian yang hilang semasa proses dialysis.
7.
Makan
pada waktu yang tetap.
Pesakit perlu mengamalkan jadual
waktu makan bagi memastikan keperluan kalori setiap hari mencukupi. Makan pada
waktu yang tetap penting supaya pesakit kekal bertenaga.
Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.
2 ulasan:
terima kasih sharing info yg bermanfaat
pesakit tu makan dr feb 2009 sampai? so curious to know. thanks
Catat Ulasan