Jumaat, 15 April 2011

Dating ngan Pakar O&G & Perkembangan Fetus 33wks..

Rabu lepas 13/4/11 g dating a.k.a temujanji dengan doktor pakar O&G Hospital Slim River.. bertapa kat spital dari kul 830 sampai ler kul 12.. Kene refer pakar sebab ader history of caeser.. aqis tu kuarnye ikut tingkap..reason: sudah terberak dalam perut. masa tu baru 38++ wks. So, pakar tu explain sikit2 pasal risiko bersalin normal @ caeser... Harap-harap kali nie dapat bersalin normal lah..

scan kali nie estimate berat junior lum sampai 2kg lg.. haih..kecik jer junior nie... macam ayong aqis jgk.. keluar pun dlm 2.5kg jer.. mama dia jer yg naik kg nampaknye.. ape2 pun syukur junior sehat jer..

Perkembangan fetus - hamil 33 minggu


kulittengkorak

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.

Video meninjau kehamilan: . Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


# nextweek check up kt klinik desa gedangsa 19/4/2011
check up klinik kesihatan sg.selisek 22/4/2011

Rabu, 6 April 2011

Selasa, 5 April 2011

Check up & Perkembangan fetus 32 wks


Detail check up 5 /4/2011:-

Umur Junior dlm peyut : 32 w 1d
Berat mama : 51.5kg..(berjaya kawal berat badan.. diet control.. kurang makan manis + kurang makan nasi lemak..)
Tekanan darah : 100/80 -ok
Result MOGTT minum air gula last week lum kuar.. harap-harap tak sangkut..


next check up
13/4/2011 dating ngn O&G Hospital Slim River
19/4/2011 klinik desa gedangsa..
22/4/2011 klinik kesihatan sg.selisek..

tiap minggu kene g klinik nie.. huhuhu...


Perkembangan fetus 32 wks

Sumber BabyCenter Malaysia

uterusrambutkuku kaki

Berat bayi sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.

Video meninjau kehamilan: Lihatlah!

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai
testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda
makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...