Isnin, 22 Mac 2010

Anak Tidak Boleh Berjalan...Di Mana Silapnya?


Nak share artikel yang dipetik dari buku Anak Sihat & Genius hasil tulisan DatoUstazah Bahyah, Datuk Fadzilah Kamsah, Dr. Tengku Asmadi, HM Tuah & Dr. Fadzil Che Din.

Kebanyakan anak mampu berjalan sendiri biarpun usia belum mencecah setahun, namun tidak kurang juga yang baru boleh berjalan bila usia masuk 14-15 bulan. Ia adalah normal tetapi ibu bapa tetap risau bila si anak tidak menunjukkan tanda-tanda berjalan bila usia mencecah setahun. - memang la risau kan?

Anak masih tidak dianggap lewat berjalan biarpun usia sudah mencecah 15 bulan kerana sebahagian kanak-kanak mula bertatih antara usia tersebut. Ini adalah kerana tahap perkembangan seseorang kanak-kanak itu adalah berbeza. Sekiranya anak meniarap dan merangkak pada waktunya, anda tidak perlu bimbang soal dia lambat berjalan kecuali selama ini memang perkembangan motorik kasarnya lembab.

Jika pada usia 15-16 bulan, anak tidak juga ada tanda-tanda berjalan, ia mungkin disebabkan masalah seperti otot-otot kaki yang lemah, seperti mengalami masalah dislokasi tulang pinggul atau cerebral palsy. Tetapi bukan alasan untuk panik sebelum memastikan dengan doktor.

Mungkinkah dia malas?
Anak tidak kenal erti malas. Pada usia setahun anak dapat merasa sangat seronok menerokai persekitarannya. Ada anak lebih fokus mengembangkan motorik halusnya seperti bermain puzzle atau susun blok berbanding berjalan ke sana sini. Mungkin juga tanpa anda ketahui sebenarnya dia sedang menyiapkan diri dalam diam-diam merancang gerakan, mengimbang dan memusingkan tubuh. Setelah benar yakin, dia mula menapak sehingga anda terkejut bila tiba-tiba sahaja dia sudah bertatih memulakan langkah pertamanya.
-
mulai sekarang jgn cakap anak pemalas kalau dia xmao jalan hokeyyy...

Bila doktor mengatakan anak anda akan berjalan bila tiba waktunya. Ia bukan sekadar menyenangkan hati. Kenyataannya, anak memang demikian, namun tidak salah anda memberi latihan dan dorongan asalkan jangan terlalu memaksa.

- jom2.. lik keje.. nak latih aqis jalan nih..








1 ulasan:

Asz berkata...

thnks for sharing da info ... ;-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...