Halaman

Selasa, 28 Oktober 2014

Tangani Stress dengan B Compex Shaklee


Apa itu stress?

Stress atau tekanan adalah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya dan tindak balas yang menyebabkan kita merasa takut, terancam dan gelisah. B Complex Shaklee adalah produk yang sangat disarankan untuk menangani stress.




Stress pada umumnya akan menyebabkan badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup dengan kencang, pernafasan bertambah laju dan tekanan darah meningkat. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.



Tanda-tanda stress

· Degupan jantung yang cepat

· Rasa hilang kawalan

· Banyak berpeluh

· Risau dan bimbang

· Terasa loya

· Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan

· Bernafas kencang

· Rasa tidak sihat

· Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil

· Sukar untuk tidur

· Kaki dan tangan terasa sejuk

· Keinginan seks menurun

· Selera makan berubah

· Terasa amat letih

· Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok

· Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya

· Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan

· Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.



Di antara kepentingan Vitamin B adalah:-

~ Melawan tekanan

~ Membantu memelihara kesihatan mental

~ Membantu memerangi kelesuan

~ Memberi tenaga yang lebih

~ Membantu mencegah depresi

~ Memelihara saraf untuk kekal sihat

~ Meredakan sakit kepala yang menyumbang kepada stress



Mengapa B Complex?

B Complex untuk kesihatan 


Stress boleh ditangani dengan pengambilan Vitamin B Complex kerana kandungan 8 jenis vitamin B yang terdapat dalam B complex menepati keperluan tubuh badan terutamanya Vitamin B1 – Thiamin yang turut dikenali sebagai anti- stress vitamin kerana ia boleh menguatkan sistem imun dan meningkatkan keupayaan badan untuk menghadapi keadaan tertekan. Ia dinamakan B1 kerana ia adalah vitamin B yang pertama ditemui. 


· Vitamin B1  - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolism


· Vitamin B2  - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.


· Vitamin B3  - Membantu mengurangkan kolestrol dan pengaliran kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik dan membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar  seseorang menghidap sakit mental


· Vitamin B5  - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang


· Vitamin B6  - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi


· Asid Folic 
- Membantu perkembangan janin danpembentukan hemoglobin



· Vitamin B12  - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram



· Biotin 
- penting untuk pembentukan kuku dan pelepasan tenaga dari karbohidrat.




Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut dan konsultasi produk, saya sedia membantu.


Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jer..