Halaman

Rabu, 29 Oktober 2014

4 Tips Kesihatan Rasulullah


Setiap daripada kita pastinya mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan gembira. Keinginan ini boleh dicapai dengan mempraktikkan dalam kehidupan sehari tips-tips kesihatan yang disarankan Rasulullah. Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya menjalani kehidupan yang sihat bukan sekadar aspek kesihatan fizikal, malahan kesihatan rohani, emosi dan hubungan sosial.


4 Tips Kesihatan Rasulullah


1. Jangan Minum Sambil Berdiri.

Makan & Minum Berdiri?


Seeloknya makan dan minum lebih selamat dalam keadaan duduk kerana makanan dan minuman akan lalu didinding perut secara teratur. Sebaliknya jika minum dalam keadaan berdiri, cecair yang kita minum akan terus jatuh ke dasar perut dengan mengejut. Keadaan ini akan mengakibatkan masalah perhadaman dan menjejaskan kesihatan kerana perut dikatakan penentu kesihatan. Minum sambil berdiri juga akan menyebabkan gangguan pada ginjal dan saluran air kencing.




2. Jangan Meniup Air Minuman yang Panas

Jangan Meniup Air Minuman yang Panas

Nabi juga melarang kita meniup air minuman yang panas. Namun, sudah menjadi kebiasaan kita dan menjadi ikutan anak-anak akan meniup air atau makanan yang panas. Secara logiknya kita menyedut oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Apabila kita meniup air tersebut, karbon dioksida yang dilepaskan akan menyerap dalam minuman dan larut menjadi air minuman yang mempunyai campuran asid. Kandungan asid ini akan menyebabkan ketidakselesaan perut dan gangguan jantung. 


3. Mandi Sebelum Waktu Subuh

Mandi sebelum waktu subuh

Nabi menggalakkan kita mandi sebelum waktu subuh supaya badan lebih segar dan sihat. Sebelum waktu subuh adalah waktu paling tepat dan digalakkan untuk mandi kerana suhu air pada waktu itu dapat membantu membuang lemak-lemak degil dan tidak perlu. Oleh itu, sekiranya anda ingin menyingkirkan lemak, anda boleh cuba mengamalkan tips ini. Selain itu, antara manfaat mandi sebelum subuh:-
  • Kulit lebih lembut dan halus
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan kesuburan
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
  • Mengurangkan tekanan serta tenang
  • Meningkatkan sel darah putih


4. Jangan Makan Berselang-seli dengan Minuman


Sewaktu saya kecil, saya kerap diingatkan supaya menghabiskan dahulu makanan dan elakkan minum sewaktu makan. Alasannya supaya perut tidak buncit. Secara logiknya ada benar kerana makan yang berselang-seli dengan minuman akan mengakibatkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. Oleh sebab itu, Nabi melarang makan disulami dengan air. Baca juga Manfaat minum air di SINI


Secara asasnya kesemua tips kesihatan yang disarankan Rasulullah sangatlah sesuai diamalkan dan dijadikan rutin harian dalam memelihara kesihatan. Setiap yang disarankan mempunyai sebab dan logik dari sudut sains dan kesihatan.

Sentiasa amalkan cara hidup yang sihat disamping sokongan vitamin tambahan yang mampu meransang antibodi secara semulajadi. Antara vitamin yang boleh diambil untuk mengukuhkan sistem antibodi adalah Garlic Shaklee.

Garlic Shaklee

Garlic Shaklee merupakan antibiotik semulajadi yang selamat untuk meningkatkan sistem imun badan bagi melawan selsema, virus, kuman. Selain itu manfaatnya adalah:-

1. Meningkatkan fungsi jantung & sistem penghadaman
2. Mengatasi masalah alergi
3. Mengelakkan senak perut, kembung, ulser gastrik dan ketidakselesaan perut.
4. Menurunkan paras kolestrol
5. Membantu masalah salur pernafasan


Semoga tips kali ini banyak membantu anda semua. Jumpa lagi!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jer..