Khamis, 23 Oktober 2014

7 Tips Pemakanan Pesakit Buah Pinggang


Pemakanan Pesakit Sakit Buah Pinggang amatlah penting diambil berat. Ini kerana buah pinggang merupakan antara organ terpenting dalam tubuh badan kerana ianya berfungsi menapis darah bagi membuang air dan garam yang berlebihan serta bahan kumuh atau bertoksin dari tubuh. Entry kali ini akan berkongsi 7 tips pemakanan pesakit buah pinggang.

Keratan Rentas Buah Pinggang



Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan). (Wikipwdia)


Perkara yang perlu diambil perhatian bagi pesakit buah pinggang adalah Garam, Protein, Kalium(Potassium) dan Fostat. 7 tips pemakanan pesakit buah pinggang adalah:-


1.                  Kawal Pengambilan Garam

Garam adalah pelengkap rasa bagi setiap makanan. Walaupun agak sukar untuk mengelakkan pengambilan garam, namun penggunaan garam harus dikawal bagi pesakit buah pinggang. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan yang mengandungi garam nyata seperti telur masin, ikan masin, ikan kering, ikan bilis perencah segera. Makanan yang mengandungi garam tidak disedari pula seperti keju, burger dan makanan yang diawet .

2.                  Kawal Pengambilan Air

Pesakit buah pinggang hendaklah menghadkan penagambilan cecair. Pembengkakan akan berlaku pada anggota badan sekiranya jumlah cecair yang diambil melebihi had. Kesannya pesakit kemungkinan mengalami kesukaran untuk bernafas, mempengaruhi tekanan manakala jantung pula terpaksa bekerja keras. 


3.                  Kawal Makanan Yang Yinggi Protein

Pesakit buah pinggang perlu mengawal pengambilan makanan yang tinggi protein seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam (daging putih). Kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang dan mengambilan pritein yang tinggi akan membebankan buah pinggang. 


4.                  Kawal Makanan Yang Tinggi Kalium (Potassium)

Sayur-Sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium adalah seperti kalian, brokoli, bayam, ubi keledek, anggur, pisang, durian dan kurma. Oleh itu, pesakit perlu mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebaliknya memilih sayuran dan buahan yang rendah kandungan kalium sperti taugeh, petola, kangkung, kobis, epal, nenas, dan jambu batu. Rujuk Jadual di bawah:-

Jadual 1: Pengkelasan sayur-sayuran

Jadual 2 : Pengkelasan buah-buahan


Jadula 3 : Pengkelasan minuman

5.              Kawal Kandungan Fosfat



Kandungan fostat yang tinggi akan menarik kalsium daripada badan dan menjadikan tubuh lemah, sakit sendi dan tulang rapuh. Contoh makanan dan minuman yang tinggi fosfat ialah:-
i.                     produk tenusu (keju, susu, yogurt, teh tarik dan kopi susu)
ii.                   produk makanan kering(ikan bilis, ikan kering, cendawan kering),
iii.                 produk bijirin (oat, roti bijirin penuh, beras perang)
iv.                 daging dan organ dalaman haiwan (hati, limpa).

Manakala makanan dan mimuman yang rendah fosfat ialah putih telur, bihun, kuew tiow, laksa, air tebu, sirap ros dan teh .




6.                  Mengurangkan Kerja-kerja Berat

Pesakit buah pinggang akan mudah mengalami kelesuan badan akibat proses dialysis. Pesakit disarankan mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan keperluan nutrian yang hilang semasa proses dialysis.


 

7.                  Makan pada waktu yang tetap.

Pesakit perlu mengamalkan jadual waktu makan bagi memastikan keperluan kalori setiap hari mencukupi. Makan pada waktu yang tetap penting supaya pesakit kekal bertenaga.


 







Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.
 


2 ulasan:

Daud Mohamad berkata...

terima kasih sharing info yg bermanfaat

Tanpa Nama berkata...

pesakit tu makan dr feb 2009 sampai? so curious to know. thanks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...