Halaman

Khamis, 23 Oktober 2014

Resepi Wadai Kiping ~ Bubur Banjar

Menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan makan malam sebelum pukul 7 malam. Waktu malam pula ada sesi minum & kudapan. Plan nak buat roti bakar seperti yang diminta En.suami, sampai dapur lain pulak dibuatnya. Roti bakar jadi Wadai Kiping ~ Bubur Orang banjar.

Wadai Kiping ~ Bubur Orang Banjar

Resepi Wadai Kiping

1 cawan Tepung pulut
Secubit garam
Sedikit air kapur
Air secukupnya
(setengah orang letak tepung beras sikit, tapi saya tak letak sebab kehabisan tepung beras)

Bahan kuah:-
Gula melaka@gula Merah
2 cawan santan pekat (saya guna santan kotak~1/2 kotak)
2 helai daun pandan
Sedikit gula
Secubit garam.

Caranya:-
1. Masukkan tepung pulut bersama garam ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air.
3. Adun hingga jadi doh yang tak melekat.
4. Bulatkan kecik-kecik dan tekan guna jari agar leper.

macam-macam bentuk ada



Untuk kuah:-
1. Masukkan santan, garam dan gula merah.
2. Kacau hingga gula hancur. Gunakan api sederhana.
3. Masukkan daun pandan dan adunan yang telah dileperkan tadi.
4. Kacau perlahan. Kepingan yang timbul menandakan sudah masak.
5. Sedia untuk dihidang.

Senangkan?  Hidangkan bersama roti potong. Sekali hadap je dah habis.

Selamat mencuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jer..