Halaman
Khamis, 31 Mac 2011
Isnin, 28 Mac 2011
Rezeki balqis.. contest ANAKKU SAYANG, ANAKKU RIANG with LITTLE FINGERS
result contest dah kuar.. yang gumbirenye balqis antara pemenangnya.. dapat no.4..
alhamdulillah.. tq byk2 e.b..
nak tgk result penuh..leh jenguk2 blog e.b nie..
4th place
Rabu, 23 Mac 2011
Check up Mac & Perkembangan fetus 30w
Umur Junior dlm peyut : 30w 2d
Berat mama : 51kg..(ayooo... naik 3.5kg bln nih.. mau kene minum air gula pasni..)
Tekanan darah : 120/70 -ok
HB : 11.9 (turun skit..bln lepas 12.4..gara2 x makan ubat seminggu..kehabisan ubat..)
next check up
25/3/2011 klinik kesihatan sg. selisek
5/4/2011 klinik desa gedangsa..
BabyCenter Malaysia
Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.
Khamis, 17 Mac 2011
12 Perkara Perlu Anda Elak Semasa Hamil
Perkara Perlu Anda Elak Semasa Hamil
1) Manicure, pedicure - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini? Jika boleh elakkan melakukannya semasa hamil terutama pada 3 bulan pertama usia kandungan anda, ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindarinya.
2) Facial - Jika sekadar facial biasa yang menggunakan produk yang bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namum, pastikan anda produk yang digunakan itu benar-benar bersih dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya? Elakkan juga facial yang bertujuan untuk pengelupasan atau pemutihan kerana kulit sangat sensitif semasa hamil.
3) Mewarnakan Rambut - Sebolehnya elakkan terutama pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna akan meresap ke dalam kulit dan boleh menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan anda.
4) Kasut Bertumit - Tak perlu nak bergaya dengan kasut bertumit semasa hamil. Semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan dan mudah membuat anda terjatuh.
5) Ubat Nyamuk - Elakkan daripada apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia yang amat berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
6) Derma Darah - Ibu hamil tidak digalakkan untuk menderma darah kerana mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan darah yang banyak untuk kehamilan anda.
7) Membawa Barang - Elakkan membawa barang berat apatah lagi setelah kehamilan memasukki trimester yang terakhir iaitu 7 bln ke atas.
8) Durian - Elakkan makan durian terutama pada trimester pertama kehamilan kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
9) Kapal Terbang - Elakkan menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi sebarang masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambahkan lagi risiko terhadap kehamilan anda.
10) Gincu Bibir - Jika anda suka memakai gincu semasa hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
11) Krim Pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
12) Ubat Jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia adalah perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah setelah melahirkan nanti.
Selasa, 15 Mac 2011
PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang
biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’
bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label
atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam
botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk
membancuh susu.
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi
mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau
rosak, botol susu perlu diganti.
Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol
susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan
masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang
diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca
dan lain-lain.
sumber : Bahagian Keselamatn & Kualiti Makanan.. http://fsq.moh.gov.my/v2/
Isnin, 14 Mac 2011
Dah terima Hdiah "splendid surprise GA !!!!!"
kotak yg canteekkk!!!
love!!!
Jumaat, 11 Mac 2011
Usah malu mengepam susu badan
MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.
Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.
Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.
Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.
Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.
Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.
“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.
Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.
Kelengkapan pam
Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.
Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.
Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.
“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.
“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.
Kelebihan susu badan
Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.
Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.
Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.
Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.
“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.
“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.
“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.
“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.
“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.
Pengalaman sendiri
Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.
Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.
Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.
“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.
“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).
Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.
“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.
Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.
Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
Cayok! cayok!
JOIN CONTEST AKU KAYA...
Rabu, 9 Mac 2011
Contest Anakku Menangis Comel
Selasa, 8 Mac 2011
Jumaat, 4 Mac 2011
Kak Pah's Give away
nak tag
cik gha
http://lovenafira.blogspot.com
http://joijoi80.blogspot.com/
12 Mac 2011
Selasa, 1 Mac 2011
All about life first give away
untuk info sila klik:-
http://allaboutlifeanddreams.blogspot.com/2011/02/give-away-pertama-dari-all-about-life.html
give away berakhir:-