Halaman

Jumaat, 4 Mac 2016

Tips mendidik anak sejak dalam kandungan

Mendidik anak sejak dalam kandungan sangat digalakkan terutama Sel-sel otak janin mula terbentuk ketika fasa kehamilan 3 - 4 bulan. Bermula usia janin 6 bulan ke atas pula, jalinan hubungan antara sel otak terbentuk dan kemudian membentuk rangkaian fungsi-fungsi. Pada waktu inilah, rangsangan amat di perlukan. Sebagai ibu, kita harus mengetahui tips mendidik anak sejak dalam kandungan lagi.

Janin dalam kandungan

Semasa ibu mengandung, segala pergerakan dan aktiviti seperti mendengar muzik, menonton, membaca buku sebenarnya mempunyai kesan tertentu kepada bayi. Perasan tak? Ada tendangan kecil dalam perut kita sewaktu kita melakukan aktiviti harian. Itulah tindak balas bayi. Tempoh masa bayi dalam kandungan inilah satu masa yang sesuai untuk kita menggunakan kaedah mendidik janin bagi membantu mereka membentuk emosi dan membangunkan personaliti yang positif .


1. Membaca Al-Quran dan Surah-surah ~ sewaktu anak dalam kandungan, deria pendengarannya perlu dibiasakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan surah-surah.





Surah-surah amalan




Membaca Doa

~ Perbanyakkan doa agar memperolehi anak yang bijak dan soleh. Di antara doanya:-

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa..(QS. Ali Imran (3);38 )



Bercakap Dengan Bayi
~ Pendengaran bayi mula berkembang pada minggu ke 8 dan selesai pembentukan pada minggu ke 24. Janin akan mendengar suara aliran darah melalui plasenta, suara denyut jantung dan suara udara dalam usus dan bertindak balas terhadap suara yang kuat sekaligus memberi reaksi balas melalui tendangan. Bercakap dengan bayi boleh dilakukan dengan mengudap perut dan memberitahu bayi apa yang sedang kita lakukan.




Menjaga Perilaku~ Tingkah laku ibu bapa sewaktu anak dalam kandungan memberi kesan yang besar dalam menentukan perilaku anak-anak. Di antara kesan tersebut ialah:-

i. Ibu bapa sering bergaduh --------> Anak menjadi ganas dan baran.
ii. Ibu bapa suka bersedekah -------> Hati anak lembut
iii.Ibu bapa mengidam pelik -------> Petanda tidak baik terhadap sikap anakiv.Ibu mengawal emosi -------------> Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan
v. Ibu tidak meninggalkan solat ---> Anak mudah mendapat hidayah




Mendengar muzik yang tenang~ Muzik yang tenang juga mampu membuatkan emosi si ibu lebih stabil. Elakkan diselubungi kemarahan, kegelisahan, dan kesedihan sewaktu anak di dalam kandungan.
















Sebagai ibu bapa, pastinya kita mengimpikan anak yang bijak dan sihat. Untuk mendapatkannya, usaha harus dilakukan sejak awal lagi seperti pepatah yang biasa kita dengar "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...

Salam sayang,

Norhanani binti Arshad
Id : 1083265
sms/call/WA : 0134474538
Fb : Norhanani Arshad
Fb page : Vitamin Cinta Mama Balqis
COD Tg. Malim, Proton City, Gedangsa, Slim River dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.