Halaman
Khamis, 27 Ogos 2009
Anak Mama Demam Pulak
Minggu ni minggu kalut skit.. asyik ulang-alik g klinik..xleh tido mlm.. Mama selsema skit.. aqis lak demam.. sian betul tengok balqis demam. merengek jer.. Mula2 suhu dia 37.8.. masa first g klinik shifa (selasa) suhu 38.1. Badan memang panas lah. Dapat ubat demam.. Tang nak makan ubat ni yg problem besar.. Makan ubat jer..dia muntah2.. kuar semua susu yg dia minum.. sian aqis..
Malam tu pulak check suhu 38.8 dah naik lak..risau tul.. balqis lak asyik nangis jer.. memg xleh tido lah.. Pagi tu check mulut dia tengok dah ader ulser (org jawa panggil lompangan..sory ye en.hubby klu salah eja..huhuhu...kat lelangit lak tu.. sebab panas dalam.. patut lah nangis jer.. sakit + pedih la tu..
Pagi rabu tu (semalam) pegi klinik kali kedua (mama cuti jaga aqis). Kali ni DR bg ubat tahan muntah ngn ubat titik mulut.. lepas bagi ubat tu baru boleh menyusu.. tp belah mlm lak still nangis2, xmau menyusu walaupun dah letak ubat titik tu.. pedih kot..+ marah sebab asyik bg ubat. dia cume nak minum air kosong jer.. camner? risau nye mama..
Pagi ni (khamis) demam dah kebah skit..tp still sakit mulut (ulser). sian aqis..
mama doa aqis cepat sembuh yea.. leh gelak kihkihkih..leh lompat si katak lompat lg..
Isnin, 24 Ogos 2009
Khamis, 20 Ogos 2009
n3 dah lapok..balqis @ sitc
disebabkn xnak bawak balqis kt tempat ramai org..so..husband dok ngn balqis dalam sitc..(kirenye balqis teman papa wat keje...dulu mama yg slalu teman..) sementara tgu mama, nenek dgn acik dia cuci mata..sempat la balqis main drum kt situ (pzz...jgn bgtau tuan punye tanah)..
suker tul balqis menepuk2 drum a.k gendang a.k yg samer makne dengannye..
papa kene belikan 1 utk aqis nie..
sempat jgk snap2 gb skit.. tu pun balqis xmau dok diam dah..
check up @ 6 month..
masa mule2 baring2 balqis kt tilam (klinik sediakan..), dia diam jer.. baik lak anak mama nie..
pandang sana sini. pelik agaknye..pagi2 lg mama dah siap2kan dia..
tapi time nak timbang tu..amboi..melalak sekuatnye bile nurse dtg dekat. betul la balqis ni takut nurse agaknye.. berat xbraper naik lak tu.. dah 6 bulan tp bru 5.8 kg.. makan banyak.. menyusu pun kuat.. ikut baka mama kot.. hihihi..
xper..asal sehat.. dah lahir pun kecik nurse ckp.. hehehe..
sementara tgu nk cucuk tu sempat jgk balqis tarik2 lapik meja plastik dgn kertas2 ats meja tu.. sib baik x koyak..bile nk cucuk lak..cam biase menangis jgk..sib baik en.hubby tolong sama pegang balqis.. kuat jgk dia tendang2.. sib baik nangis kejap jer.. kan xsakit..cam kene gigit semut api jer..huhuhu.. (xdpt snap sbb xcas hs)
pas settle semua..cepat2 anta balqis & kitorg g keje.. sian balqis wat muker sedeh jer kene tinggal..
Rabu, 19 Ogos 2009
Khamis, 13 Ogos 2009
Pergi Tak Kembali..
Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
terkejut betul.. macam x percaya.. tapi itu lah hakikatnye.. yang hidup akan mati juga akhirnye...teringat lagu nasyid nye yg syahdu..cukup menginsafkan,...
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
BaikKah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Semoga rohnya bersemadi dengan aman.. Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, keampunan dan kasih-sayang Nya ke atas allahyarham.
Al-Fatihah..
renung-renungkan..
thanks ieda..
makan2... + beday party...
beday girl potong kek.. hepi beday zura!!!
selamat tambah tua...
(sorry lah zura..sebab ko cumel sgt..aku nak letak jgk gb ko...)
Balqis xder..sempat la snap ngn alisya..
klu balqis ader nanti dia cebik2..jeles kot..
(sorry taty..gb ko sipi2 jer..)
posing ngn mama alisya lak..
tengah sedop2 makan tue..tetiba nampak kelibat mamat sorg nie.. eh..macam kenai jer...
oooo...hubby ku yg dtg...nak join club jgk ker? kene daftar jd ahli dulu..(nie mahal skit yuran..lain jantina)..
alamak...en.hubby dah dtg nak ajak balik.. rindu kat balqis katanye...
sekejap jer ler dapat membujang..
snap dulu...ngn en.hubby
dgn geng2 yg dtg..
ader maser kiter berkumpul lg ye..
(bile lg??>>>...)
oppsss...ader lg gb yg disumbangkn oleh taty..
thanks taty atas susah payah send gb2 nie..
aper la yg di pot-pet kan iteww...
nape alisya pandang camtu..
muker auntie tu menakutkan ker? hikhikhik
tukar pengasuh lak.. zura lenguh la tu..
dah boleh la tu zura ngn fara..biler lg??
alisya kecik2 lg dah join party auntie2 nie..
beday girl kene buli..
berasap kfc..cam isap rokok lak..
with taty boom & alisya...
Selasa, 11 Ogos 2009
Pengedar Perfume diperlukan...
nie rate untuk pengedar...
TAWARAN PENGEDAR DHIA PERFUMES (update 11/08/09)
10 SET LESS 20% RM 159.20 + RM5 = RM164.20 UNTUNG RM 44.80
20 SET LESS 25% RM 298.50 + RM8 = RM306.50 UNTUNG RM 91.50
30 SET LESS 30% RM 417.90 + RM10=RM427.90 UNTUNG RM 169.10
TAWARAN PENGEDAR MIRAGE PERFUMES (update 11/08/09)
10 SET LESS 20% RM 159.20 + RM5 = RM164.20 UNTUNG RM 44.80
20 SET LESS 25% RM 298.50 + RM8 = RM306.50 UNTUNG RM 91.50
30 SET LESS 30% RM 417.90 + RM10=RM427.90 UNTUNG RM 169.10
TAWARAN PENGEDAR ONE DROP PERFUMES (update 11/08/09)
5 SET LESS 20% RM 160 UNTUNG RM 40
10 SET LESS 22% RM 312 UNTUNG RM 88
15 SET LESS 25% RM 450 UNTUNG RM 150
So..aper lg..jgn lepaskan peluang nie..
jom kiter samer2 ber'bisnes'..
contact/sms nanie 0173008045
Khamis, 6 Ogos 2009
Oh..MY Family..
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Tips untuk ibu bapa
Tip untuk ibu bapa
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang
menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya
lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Sabtu, 1 Ogos 2009
01082009-besday ku..ke-28
hepi besday to me...
hepi besday..hepi besday..
hepi besday to me...
wah..arini umurku dah meningkat 1 thn lg..dah 28 tahun..dah bertambah tua lah...
so, sempena besday nie..en.huby belanja pizza kt tg.malim. test ler pizza baru bukak..(sebenanye en.huby yg nk sgt mkn piza tu..)..
adik ngn abah pun ikut samer sbb nk g beli barang skit.. tp balqis kene tinggal kt umah ngn nenek..sian aqis.. lamer tul menunggu pizza nie..staf nye xbrape nk ader pun.. xcukup staf..saper nk part time leh ler..
boring2 tu sempat la snap skit gb..
abah pekena pizza + kopi.. ok ler kan...abah cakap cawan kopi dia sekejap jer bocor..huhuhu..
amboi..makan x pandang org lain dah..
wah..tangkap feel jer..
nie posing ala malu-malu..
dah nak abis bru ingat nk snap..huhuhu..
alhamdulillah.. licin..
acih pa..
hajat di hati nk tambah oder..tp memandangkan service lambat..sampai mangkuk sup pun dah kering..so, ku batalkan ajer lah niatku itu... sib baik huby ckp..lain kali kite makan lg yea.. huhuhu..yea..yea..yea..
acih.......
aderr jgk kitorg oder utk tapau...terpaksa tgu lg....