Selasa, 7 Oktober 2014

Tips Merawat Penyakit GASTRIK



Tips Merawat Penyakit GASTRIK


Penyakit gastrik merupakan penyakit yang sering diperkatakan menjelang bulan ramadhan. Pelbagai amalan dan tips yang cuba dipraktikkan bagi merawat penyakit gastrik ini agar tidak mengganggu aktiviti harian.

  

Apa itu Penyakit Gastrik?

Penyakit Gastrik merupakan keadaan di mana berlaku keradangan pada lapisan dinding perut. Terdapat satu lapisan cecair semulajadi di dalam perut yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan. Keradangan yang berlaku di permukaan @ dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan cecair pelindung di permukaan perut.




Tanda-tanda Gastrik


~ Sakit perut pada bahagian atas abdomen

~ Rasa senak, berangin, pedih dan ketidakselesaan

~ Rasa mual & muntah

~ Hilang selera makan

~ Kehilangan berat badan secara mendadak

~ Muntah berwarna gelap & berdarah (peringkat yang teruk)


Tips Merawat Gastrik.

Sebagai seorang yang turut mengalami gastrik, saya sarankan beberapa perkara yang perlu diambilkira berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Tetapkan waktu pengambilan makanan. Pastikan tidak melewatkan waktu makan.

2. Makan dalam kuantiti yang sederhana (jangan makan terlalu banyak & kenyang)

3. Makan secara kerap (jangan biarkan perut kosong)

4. Elakkan makanan segera, asam kering dan jeruk

5. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, nescafe, minuman bergas dan air limau

6. Elakkan makanan pedas.

Selain itu, petua traditional juga boleh diamalkan dengan pengambilan kunyit yang diparut. campurkan sedikit air dan tapis. Tambahkan madu dan minum setiap pagi sehingga gastrik beransur hilang.

Nak mudah lagi? Ambil set bagi pesakit gastrik iaitu ESP, Ostematrix Dan B-complex. Sangat berkesan dalam membantu merawat penyakit gastrik.


Nak tau lebih lanjut? Hubungi saya until dapatkan tips pengambilan set gastrik yang berkesan. Istimewa untuk pelanggan saya sahaja.

Nanie |whatsapp | 011-25512542|
Pengedar Shaklee anda
Kawasan Tg.malim dan seluruh Malaysia.




2 ulasan:

Unknown berkata...

ilmu yang baik..:)

mama balqis berkata...

perkongsian ilmu untuk semua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...