Ahad, 19 Oktober 2014

Sijil Halal Shaklee

Status halal Shaklee kerap diajukan sewaktu sesi konsultasi dengan pelanggan saya. Bagi pengguna yang baru, pastinya status halal shaklee sangat penting sebelum memulakan pengambilan vitamin ini.


Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk pensijilan halal. Tanggungjawab dalam menentukan status halal produk yang terlibat tidak hanya pada pemeriksaan dijalankan tetapi juga pemeriksaan ke atas bagaimana status Halal bahan mentah dikekalkan dan dipantau pada setiap masa. Memandangkan banyak bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran makanan tempatan kebanyakannya produk import yang memerlukan pelantikan badan-badan pensijilan halal luar negara yang terkemuka dan boleh dipercayai untuk memantau status Halal bahan-bahan mentah. Pengiktirafan ini juga diperluaskan kepada status halal produk. Begitu juga dengan produk keluaran Shaklee, badan antarabangsa iaitu Islamic Service of America (ISA) telah dilantik oleh JAKIM bagi mengesahkan status halal produk.

ISA Badan yang diiktiraf JAKIM

Bagi sijil halal tahun 2013, terdapat 26 produk yang mendapat pengiktirafan halal dan boleh diambil tanpa was-was.


Sijil Halal Shaklee 2013

Untuk tahun 2014 pula, 2 lagi produk shaklee mendapat kelulusan sijil halal menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28 produk.


Sijil Halal Shaklee 2014.

Pemeriksaan status halal ini dilakukan setiap tahun bagi memastikan produk sentiasa terpelihara dan selamat terutamanya bagi pengguna islam.

Tidak ragu lagi? Anda boleh mendapatkan produk Shaklee sekarang. Hubungi saya:-

Norhanani Arshad
011-25512542
Aplikasi whatsapp/sms
Atau pembelian terus di cawangan Shaklee menggunakan ID 1083265.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...