Khamis, 30 Oktober 2014

Pakej Membaca Anakku~Kaedah Fonik

Beberapa minggu lepas semasa blogwalking terbaca satu entry berkaitan kaedah membaca Fonik. Kebetulan anak-anak di Taska Permata UPSI menggunakan kaedah ini dalam sesi pembelajaran dan saya tercari-cari kaedah mengajar anak membaca. Pada awalnya agak sukar untuk saya menangkap apa yang disebut oleh Ayong sewaktu ulangkaji di rumah. Malahan saya turut menegur kesalahan sebutan padahal sebutan itu adalah yang sebenar. Atas inisiatif untuk turut belajar, saya telah membeli Pakej Membaca Anakku untuk memudahkan saya memahami dan belajar bersama anak-anak.


Set Bacalah Anakku

Menurut laman sesawang Read Easy:-

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud ‘the study of speech sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners Dictionary). 

Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n//i/ dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut.

Bunyi-bunyi ini pula boleh dikaitkan atau dipadankan dengan simbol-simbol tertentu bagi menggambarkan bunyinya. Dalam bahasa Malaysia contohnya, bunyi /k/ seperti dalam perkataan ‘kucing’ , ‘kasut , atau ‘takut’diwakili oleh simbol ‘k’. Bagaimanapun, di dalam bahasa Inggeris, bunyi /k/ yang sama boleh diwakili oleh simbol‘c’, ‘k’, ‘ck’ dan ‘ch’.

Berdasarkan konsep inilah kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan ReadEasy disusun. Kaedah Fonetik Bacalah Anakku mengajar bunyi paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan Bahasa Melayu Baku yang mana bunyi paling kecil ini boleh diwakili oleh simbol-simbol yang dinamakan sebagai grafem ( grapheme ). Simbol-simbol ini terdiri daripada huruf-huruf yang kita guna sekarang.

Dalam Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bacalah Anakku) , Read Easy memperkenalkan 3 bunyi vokal yang paling senang disebut dahulu iaitu /a/ /i/ /u/ yang masing-masing diwakili oleh huruf ‘a’ ‘ ‘i ‘ dan u’. Apabila bunyi-bunyi tersebut diajar, simbol yang berkaitan akan ditunjukkan. 

Oleh itu setiap kali anak anda melihat simbol , ‘a’contohnya, dia akan menyebut bunyi /a/ (aa) bukan nama huruf ‘ei’. Apabila huruf ‘b’ ( nama ‘bi’ ) diperkenalkan, bunyi konsonan yang berkaitan yang diajar ialah /b/( beh ). Begitulah seterusnya.

Pakej Membaca Anakku~Kaedah Fonik ini mengandungi:-


~ 1 Set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku yang mengandungi 8 buah buku
~ 1 Set buku aktiviti Fonetik Ekspres 1 dan 2
~ 1 set kad imbasan dan CD lagu Abu Ada Ayam
~ 1 Buku Lagu Abu Ada Ayam
~ 1 buku permainan kreatif
~ 1 set poster Abu Ada Ayam

Kandungan dalam Set Bacalah Anakku

Terus tampal kat bilik. Gigih anak mama.

Ciri Keistimewaan buku

- Disusun berdasarkan kaedah fonik
- Pilihan bunyi yang sesuai
- Penyusunan yang sistematik
- Teks yang bermakna
- Menggunakan dua warna
- Disokong dengan kaedah mengajar yang berkesan
- Penglibatan penulis secara langsung

Bila tengok anak seronok sangat baca buku ni, sebagai ibu rasa berbaloi sangat beli dengan harganya. Berapa sangat jika hendak dibandingkan dengan nilai ilmunya. Bagi yang berminat bolehlah singgah ke sesawang Read Easy. Macam-macam pakej ada. Lepas ni boleh beli pakej yang lain pula.

video video

Bersemangat Ayong membaca setiap malam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...