Rabu, 8 Oktober 2014

Hari 3 ~ Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya? Owh! macam-macam ada. Kalau tiba-tiba kena terjah memang boleh terkejut kot. Sebenarnya saya ni jenis tak suka tukar-tukar handbag. Senang cerita pakai la selagi ada nyawa handbag tu. Melainkan terberkenan handbag lain :). Kalau keluar makan atau ke kedai memang tak bawak handbag. Henset masuk poket. Duit? tak bawak pun.. Bila time bayar kan ada alasan tak bawak handbag. Hahaha...

Jom saya share beberapa gambar ni.. (nasib baik dah kemas handbag minggu lepas, macam tau-tau je nak kena buat task ni)


jeng..jeng..jeng...

tu dia...Macam-macam ada kan? kalau tak kemas minggu lepas mau berterabur dengan resit-resit semua.


1. Handphone ~ dapat tunjuk casing je.. gara-gara malas bawak handbag pergi lunch, selit jer duit sekeping dua dengan kad pengenalan di situ.

2. Kunci ~ segala jenis kunci.. 

3. Earphone ~ standby nak dengar webinar


4. Mini pouch ~ pin & keronsang tudung dikala kecemasan. Mana tau pin kat tudung tercicir ka.. Kan naya


5. Bedak + Lip ice + perfumes = cukup lerrr..


6. Pill Box ~ dalam ni ada vit c, vit e, b comp, alfalfa, lecithin, omega


7. Buku nota & pen

8. Herbal bend ~ krim serbaguna ni memang bagus sapu kaki kaki yg sejuk dok dalam aircond je.


9. Wallet ~ wallet besar ni boleh muat 20 kad. Macam- macam kad keahlian ada.

Dah tengokkan harta karun dalam handbag saya. Lepas ni nak tengok khazanah handbag kawan-kawan pulak. Jom terjah!








2 ulasan:

Gedung Sinar Sihat berkata...

cantiknya mini porch...nak beli jugalah..x mau terabur dalam handbag ..heheheh. lagi satu gud idea...x payah bawa wallet nanti kata x bawa beg duit..hehhehe.nak implimentlah nanti

mama balqis berkata...

Hehehee..boleh digunapakai idea tu kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...