Rabu, 23 Februari 2011

Kejang betis

Jalan-jalan blog Nafiraa & baca entry dia berkaitan perkembangan fetus dan ader topik kekejangan betis. so laju-laju klik kat link BabyCenter Malaysia.

Click here to find out more!
Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Seperti berlari, bermain permainan tenis yang mendebarkan, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan, begitu juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan
kalsium di dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Bagaimana saya boleh melegakan kesakitan?

Mujurlah, kejang betis adalah salah satu rungutan kehamilan yang boleh diatasi.

Apabila kekejangan menyerang:


• Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.


• Urut otot yang kejang.


• Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.


• Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.


Apa boleh saya lakukan untuk mengelakkan kekejangan?

• Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.

• Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.


• Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.


• Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)


• Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.


Jika kesakitan berlarutan?

Jika kesakitannya adalah berterusan dan bukan hanya kekejangan sekali-kala, atau anda perasan adanya bengkak atau kesakitan, hubungi doktor anda. Anda mungkin menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

1 ulasan:

|| NaFiRaa || berkata...

hehehe.. daftarlah kt website tuh.. tetiap minggu dia akan email kita pasal perkembangan fetus.. ade jugak info2 yg bagus untuk di kongsikan.. saya pon due bulan 5 jugak.. tapi kalo ikutkan yg first awal..sebab ade masalah BP..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...