Selasa, 24 Ogos 2010

Berbuka 2gether2




Alhamdulillah.. semalam berkesempatan berkumpul ramai2 dengan hampir semua x-housemate maser zaman bujang kt upsi nih.. semua geng tu dari start duduk kt taman slim dan kota malim prima.. dan yang paling lamer dok bersama2 dgn beloved friend taty..

Kitorang sajer amik kesempatan nak menjengah umah pengantin baru. Umah lama tp ada org baru kan.. dulu umah tu adalah umah yang mama balqis duduk ms bujang. Skg umah tu dah jadi umah kelamin...

Tak sempat pun nak snap gb2 juadah tu sebab elok sampai jer azan & terus berbuka.. Kuar dari umah pun lewat dlm kul 7.. Sempat la buat Pecal untuk kawan2..

tup..tup ader kek beday utk mama ngn zura..


Aqis & Alisya yang seronok tgk kek

~ us ~

Anak mama yang comot.. papa layan jer la ye..


wit aqis dgn alisya


~ Pasni turn umah saper lak ye? ~

VISITOR YANG KE 20,000?

pagi2 bukak blog click2 kt blog I'm ~Queen Aneez~
tetiba wahh... dapat visitor ker 20,000


hehehehe..

Rabu, 18 Ogos 2010

Berperang semasa berbuka poser

Adusss...bulan poser tahun ni memang mencabar fizikal + mental + emosi la... Tahun lepas masa berpuasa umur balqis lum sethn.. lum pandai jalan... so leh letak kat walker jer.. kurang la kekacauan..

Tp thn nie... haihhh... macam berperang... macam-macam benda terbang... Si balqis ni semenjak 2 menjak ni rajin sangat campak @ buang ape2 jer.. kalu ader sudu, sudu yg terbang.. kalau bagi makan tu ader yang tegur dia terus genggam nasi & campak..pelik tul la..

Hari pertama berbuka mama hanya sempat jamah kurma & air jer.. Ape tidaknye..bile mkn kt meja mkn si balqis sibuk "nak naik".. pastu bg makanan, x makan pun..just campak2.. sudahnye bawak larik balqis dok depan tv layan dia dulu..

Hari seterusnye pulak try makan kt bawah (bersila).. mule2 ok la dia pun makan..tp pastu habis dia campaknye mcm2.. jadila menu sambal tempoyak with "bubur wadai kipeng" , ikan tempoyak with "kuih koci" & mcm2 lg... haru betul la..

& semalam si balqis xmau makan guna pinggan lak.. nak makan dlm besen.. x senonoh anak dara ni kan.. so atuk aqis ckp.."biarlah..asal senyap skit".. sekejap jer la senyapnye.. harap2 esok lebih baik dr smlm>> :)



video




Isnin, 16 Ogos 2010

New born..

Sahur pagi ni dijamu dengan berita gumbira.. my SIL selamat melahirkan anak ke2.. baby girl.. 430 pagi..
Alhamdulillah.. Seronoknye.. aqis dapat sepupu lg.. Dengan ini nenek aqis dah ader 13 orang cucu la.. (bertambah la duit raye taun ni..huhuhu)..
Ok ni la gambar si comel tu.. muka garang jer..


Jumaat, 13 Ogos 2010

Mandi bukan sembarang Mandi..

Mama Balqis copy paste ajer.. dr FB Azarudin Bocheh.


Mandi Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…



Berita Harian Online | Hukuman mati kes buang bayi

Berita Harian Online | Hukuman mati kes buang bayi


Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi



KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.


Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun


Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.


Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.


Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.


Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.




* sgt setuju dengan hukuman nie.. biar jadi pengajaran.. Moga2 mereka akan insaf..

Rabu, 11 Ogos 2010

Here I Come..~ 1st Anniversary Giveaway!! :

Harini nak join giveaway Ibu Qaisara sempena 1st anniversary blognya.. congrate ye.. Moga2 semakin aktif berblogging.. salam perkenalan..

Syarat2 mudah jer..

1. Be Ibu Qaisara follower
2. Listkan ~..HeRe i CoMe..~ dalam bloglist anda.. http://ainielie.blogspot.com/
3. Buat satu entri tentang GA nih dan perlu link terus ke entri ini.
4. Letakkan banner
~..HeRe i CoMe..~ 1st Anniversary GA di sidebar blog anda dan linkkan terus ke entri ini.
5. Tinggalkan
ID follower anda, url entri GA dan email di ruangan komen entri ini sahaja. (di shout box tak akan diambik kira ye kawan2...)
6. GA ini akan bermula dari sekarang sehingga
1 September 2010 (11.59malam).
7.
3 pemenang akan dipilih berdasarkan kekdah Lucky Draw

Mudahkan? Moga rezeki mama balqis di bulan ramadhan ni.. Amin..


Selasa, 10 Ogos 2010

Niat Puasa.. Ingat Mengingati..

Kerna datangnya setahun sekali..

mari kita sama ingat-mengingati..



LAFAZ NIAT PUASA HARIAN

[niat_puasa_harian.jpg]

“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN


“Nawaitu souma syahri ramadhana hazihissanati kullihi lillahi taala.”

sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala


DOA BERBUKA PUASA

http://www.sinilah.com/-/11/Images/doa%20buka%20puasa.gif


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Salam Ramadhan.. moga ramadhan tahun ini membawa keberkatan dan bermakna..


Isnin, 9 Ogos 2010

Dah 18mth..

Aqis 1thn 6 bln..

Sebenarnye xtau mcmna nak mule crite.. dah lama x berblog.. Ntah kenapa tersangat malas.. huhuuhu.. tgh cari2 mood.. boleh kah?

anyway..n3 ni nak update pasal gegirl ni yang genap 1thn 6 bln harini... kejap jer anak mama dah besar.. lagi macam2 ragam dan karenah yang mencuit hati.. penghibur hati..

ok..checklist utk aqis:-
  • Now dah ader 11 btg gigi
  • Masih isap ting-ting (puting).. susahnye nak buang.. xkeruan kalau puting hilang..
  • Dah pandai panggil mama, papa, nek(nenek), tok (atok), cik, qiss( balqis), amm, bear, biskut, buah, ting-ting (puting), wit (duit), kap (make up)...ape lg ye..nnti updaTE..
  • Pantang dgr bunyi motor atok..nak ikut ronda2
  • Suker ikut atok g minum teh kat kedai pagi or petang..
  • Pandai menabung..(paww semua org duit syiling nak masuk tabung-aqis2.. xbaik tau)
  • Pandai make up.. pantang tgk mama make up.. kalut nak jgk.. kalu jupe bedak or eye shadow mama abis ler.. penuh pipi dia sapu..
  • Pantang dengar muzik automatik badan goyang..
dah boleh jadi peneman papa..
dok seat sebelah papa (mama dok belakang leh tido)



manja sangat ngn atok

dah pandai tiru sembahyang..
tp tinggi betul angkat punggung tu..


Semalam sempat berjalan2 bawak balqis ke tasik proton city.. seronok sangat dia dapat lepas bebas berjalan, bermain2 naik gelongsor..
with papa @ tasik proton city

okey enjoy dgn video aqis nih..


video
Alhamdulillah.. moga Aqis jd anak yg solehah..


video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...