Khamis, 7 Januari 2010

PUJUK ANAK MENGAMUK


Oleh Siti Nur Almizan Aripin


Kanak-kanak merengek, menangis, menendang jika tidak dapat kawal emosi

FAQIF genap tiga tahun Disember ini. Anak comel yang lasak dan bijak itu bakal menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga pertengahan Oktober ini tetapi sayang, Faqif masih tidak mampu mengucap kata-kata yang boleh difahami sesiapa walaupun ibunya.

Paling memeningkan kepala ibunya apabila anak kecil itu sentiasa menggunakan tangisan sebagai senjata bagi memastikan permintaannya dipenuhi. Pantang ada yang tersilap, anak kecil itu akan bergolek ke lantai sambil meraung panjang.

Masalah yang berlarutan begitu memeningkan si ibu. Kadangkala, jika ada sebarang majlis dianjurkan saudara mara atau rakan taulan, ibunya terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membawa Faqif. Bukan bimbang dimalukan di khalayak jika anaknya membuat onar tapi bingung memikirkan cara untuk memujuk kalau-kalau anaknya mengamuk.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Perdana, Dr Mazidah Abdul Rashid, berkata mengamuk atau tantrum adalah keadaan emosi yang datang secara tiba-tiba. Apabila keadaan emosi tidak terkawal itu muncul, kanak-kanak boleh merengek, menangis, menendang atau memukul orang lain tanpa sebab.

Katanya, ada juga kanak-kanak yang menahan nafas sehingga pengsan apabila mengamuk. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu membenci seseorang, melukakan diri atau orang lain.

Bagaimanapun, Dr Mazidah berkata, kelakuan itu adalah agak normal di kalangan kanak-kanak berumur antara satu sehingga tiga tahun dan ia juga berlaku kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki.

Dr Mazidah berkata, ketika berada pada peringkat usia berkenaan, kanak-kanak tidak tahu mengimbang atau mengawal kehendak.

Mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk menahan perasaan atau percakapan dan seperti kes dialami Faqif, dia tidak dapat menyampaikan apa yang dikehendaki atau diingini,� katanya.

Katanya, faktor yang menyebabkan tantrum adalah keletihan, lapar atau takut. Penyebab utamanya ialah kekecewaan.

Kanak-kanak akan mengamuk kerana mereka tidak tahu untuk menyampaikan hasrat atau tidak tahu untuk mengatur bahasa atau bercakap, memberitahu yang diri mereka letih, mengantuk, lapar atau tidak selesa berada di persekitaran yang bising.

Kadangkala pencapaian pembesaran memainkan peranan yang penting. Anak-anak ini akan berasa sedih atau geram apabila tidak dapat berjalan, melukis atau bermain dengan permainan mengikut apa yang dia kehendaki. Anak-anak berusia dua hingga tiga tahun biasanya mahukan kebebasan tapi pada masa yang sama memerlukan ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan mereka serba-salah dan akhirnya mengamuk,� katanya.

Ada juga ibu bapa yang beranggapan anak mereka memanipulasi atau sekadar ingin mendapatkan perhatian jika selalu mengamuk tanpa sebab. Bagaimanapun, tahukah anda ketika umur antara satu hingga tiga tahun, kanak-kanak tidak tahu menggunakan mekanisma tantrum.

Jika umur anak anda lebih tiga tahun, kemungkinan mereka menggunakan cara ini untuk mendapatkan sesuatu atau mengelakkan sesuatu yang dia tidak suka. Justeru, ibu bapa perlu menangani pelakuan anak mereka dengan bijak serta konsisten misalnya dengan memberitahu bahawa benda baik akan terjadi sekiranya mereka berhenti mengamuk.

Dr Mazidah berkata, walaupun tantrum bukan gejala yang berbahaya tapi sekiranya anak mengalaminya dan dia tidak mahu bernafas atau diserang sawan atau pengsan, ibu bapa perlu merujuk masalah itu kepada doktor.

INFO: Panduan menangani tantrum

* Jangan biarkan anak-anak melukakan diri sendiri atau orang lain apabila mengamuk.

* Ibu bapa perlu berlagak tenang. Jangan menjerit, memarahi atau menakutkan anak. Bercakap dengan tenang dalam bahasa mudah. Kanak-kanak yang masih kecil selalunya memerlukan ayat atau bahasa yang mereka perlukan bagi menzahirkan apa yang diingini.



nie nangis gayat ker?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...