Khamis, 13 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali..

hari ni dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Ustaz Asri Rabbani..

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


terkejut betul.. macam x percaya.. tapi itu lah hakikatnye.. yang hidup akan mati juga akhirnye...teringat lagu nasyid nye yg syahdu..cukup menginsafkan,...

PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca

Sayu alunan suara

Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana
BaikKah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi


Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiringi doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi


Semoga rohnya bersemadi dengan aman.. Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, keampunan dan kasih-sayang Nya ke atas allahyarham.

Al-Fatihah..




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...